Statistik kanser di Malaysia
Mengikut data yang dikeluarkan oleh GlobalCan yang berpangkalan di Perancis, pada tahun 2012, sebanyak 37,400 rakyat Malaysia telah didiagnos dengan pelbagai jenis kanser, dan 21,700 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang merbahaya ini. Statistik ini merupakan peningkatan daripada 32,000 kes pada tahun 2008 dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 56,932 kes baru pada tahun 2025 jika tiada tindakan diambil. Jumlah kematian pula dilihat hampir mencapai 56% daripada jumlah keseluruhan kes. Disebabkan oleh itu, pendedahan terhadap bahayanya kanser perlu diberi penekanan yang serius, pencegahan, diagnosis pada peringkat awal serta penggunaan herba yang mampu merawat kanser adalah perlu dijadikan rawatan pelengkap bagi rawatan yang sedia ada, walaupun ada yang menyatakan kaedah biasa sahaja sudah mencukupi, namun statistik kematian menunjukkan sebaliknya.
Gambarajah statistik kes kanser di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 2012, jumlah kematian akibat kanser di Malaysia sahaja adalah purata 59 orang sehari, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat walaupun kebanyakkan pesakit telah dirawat menggunakan kaedah moden dan terkini, dan disebabkan oleh kegagalan ini maka tidak hairanlah jika ada yang menyarankan penggunaan keladi tikus untuk digunakan bersama dengan rawatan moden yang sedia ada. Pada tahun 2015 pula, kanser menyumbang kepada 13.56 peratus jumlah kematian dan berada di tangga ke tiga carta kematian di hospital kerajaan, manakala ianya berada di tangga kedua di hospital swasta dengan jumlah kematian sebanyak 25.58 peratus. Menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) jumlah keseluruhan kes yang direkodkan bermula dari tahun 2007 hingga 2011 adalah 103,507 kes, dan dari jumlah tersebut 46,794 kes adalah lelaki dan selebihnya (56,713 kes) adalah wanita. Secara purata, terdapat 14.1 million kes direkodkan pada tahun 2012, dan ianya meningkat sebanyak 11% setiap 4 tahun. Kanser merupakan antara penyebab utama kematian dan terdapat kira-kira 8.2 million kematian yang dicatatkan pada tahun 2012 di seluruh dunia.
Keladi tikus: kebaikan yang tersembunyi.
Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada negara beriklim sederhana dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Keladi tikus bukanlah sejenis tumbuhan yang dikenali seperti tumbuhan yang lain, namun ianya sudah tergolong pada tumbuhan yang hampir pupus kerana tiada tindakan pemuliharaan diambil bagi mengekalkan spesis yang terancam ini. Kepupusan ini berlaku disebabkan tidak ramai yang mengetahui bahawa ianya merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan khasiat yang begitu besar, terutama bagi rawatan kanser, dan hal ini telah dikaji oleh universiti di Malaysia, China dan Indonesia, malah ada journal perubatan dari Australia serta India yang menerbitkan hasil kajian mereka terhadap herba yang jarang dijumpai ini.
Kajian yang dilakukan pada herba Keladi tikus merupakan kajian bergeran (No. RUGS91143) yang menunjukkan bahawa herba ini sangat penting sehingga ianya diberi kemudahan dari sudut kewangan dan fasiliti bagi mengetahui secara lebih mendalam kandungan aktif yang terdapat padanya. Hasil kajian tersebut menunjukkan ekstrak dari herba keladi tikus berupaya merungkai, mengecutkan, serta menghalang sel kanser dari terus membesar sehingga membawa kepada kemusnahan sel tersebut dari dalam. Penemuan ini penting bagi memberi nilai tambah atau sebagai rawatan pelengkap jika kaedah yang sedia ada menemui kegagalan. Kajian terhadap keladi tikus ini telah dibuat di beberapa negara, antaranya adalah Australia, India, Malaysia serta Indonesia.
Keberkesanan
Kesan penyembuhan yang terdapat pada herba Keladi tikus sememangnya sangat mengagumkan, kandungan anti kanser yang tinggi padanya mampu membantut pertumbuhan sel kanser yang sedang dalam proses berkembang, menjadikan ianya salah satu daripada benteng pertahanan bilamana rawatan konvensional menunjukkan ketidakcekapan rawatan, selain daripada itu, Keladi tikus juga dapat mengurangkan kesan sampingan akibat kimoterapi seperti keguguran rambut, gigi serta kening, selain itu ia dapat mengembalikan tenaga pesakit yang hilang disebabkan oleh kesan sampingan rawatan moden sehingga 80% sekaligus dapat mengurangkan rasa mual dan keletihan yang dialami oleh pesakit semasa tempoh rawatan, hal ini sangat membantu pesakit mencapai titik positif sehinggalah mereka benar-benar sembuh daripada penyakit kanser yang dihadapi, namun begitu herba dari jenis keluarga Araceae ini sudah tidak banyak tumbuh dan agak sukar untuk ditemui.