Barah yang Merebak - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser
Barah yang merebak
Kanser merupakan sejenis penyakit yang membabitkan pertumbuhan sel hidup yang tidak terkawal pada organ atau anggota tubuh manusia. Kanser atau tumor (ketumbuhan) merupakan longgokkan sel yang mampu mengubah struktur bentuk badan. Ia biasanya tidak menujukkan sebarang petanda sehinggalah pesakit dapat merasakan sebuah perubahan pada tubuhnya sendiri, ini termasuk pembengkakan atau ketulan yang luar biasa pada anggota tubuh. Terdapat juga kanser bukan ketumbuhan (kanser darah - leukemia) yang disebabkan oleh permasalahan sel darah putih yang disebabkan oleh tulang sum-sum. Kanser tidak hanya menyerang mereka yang mempunyai sejarah keturunan sahaja, malah ianya berpotensi menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai gaya hidup yang tidak seimbang. Walaupun ada yang menyatakan bahawa kanser tidak boleh diubati, tetapi dengan kajian dan penambahbaikan dari sudut perubatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik, kanser dapat dirawat dan pencegahan pada peringkat awal sangat membantu mengurangkan risiko terkenanya penyakit yang boleh membawa maut ini.

Kanser boleh merebak melalui saluran darah dan juga kelenjar.

Benign dan Malignant
Tidak semua ketumbuhan itu adalah kanser, mengikut pembahagian kelas, ketumbuhan yang wujud pada tubuh manusia terbahagi kepada dua jenis yang utama, Benign dan juga Malignant, ketumbuhan jenis benign tidak merbahaya, tidak mengancam nyawa (kecuali jika ianya tumbuh pada bahagian kepala, terutamanya di kawasan otak) dan biasanya tidak merebak ke kawasan yang lain, berbeza dengan malignant di mana ianya adalah jenis yang merbahaya dan mempunyai keupayaan menyerang (menjangkiti) kawasan sihat yang lain, ketumbuhan maligmant biasanya adalah ketumbuhan jenis kanser. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk mengesan sebarang jenis ketumbuhan yang wujud pada anggota tubuh pada peringkat awal bagi mencegah kanser daripada terus berkembang. Antara faktor terjadinya kanser pada seseorang individu adalah disebabkan oleh faktor dalaman (genetik) serta faktor luaran (pemakanan, gaya hidup, kurang aktiviti fizikal seperti bersenam) merokok dan mengambil minuman keras juga boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser pada seseorang.


Sebuah artikel tempatan berkaitan dengan Keladi tikus (Rodent tuber, Typhonium flagelliforme) sejenis tumbuhan yang digunakan di dalam merawat kanser.

Setiap kanser mempunyai karakter yang tersendiri, seperti kanser yang tumbuh pada tisu kelenjar (glandular tissue) contohnya kanser payudara, dikenali sebagai adenocar-cinomas, manakala kanser yang terbentuk pada tulang atau otot pula dikenali dengan panggilan sarcomas, namun ciri utama yang wujud pada setiap kanser adalah pertumbuhan atau kematian sel yang tidak terkawal. Setiap tahun, 11 juta orang disahkan mengidap kanser dan hampir 7 juta meninggal dunia disebabkan oleh kanser. Persekitaran memainkan faktor utama di dalam permasalahan ini dan statistik menunjukkan, merokok adalah penyumbang utama dalam kebanyakkan kes yang direkodkan.

Diberitahu bahawa anda telah mengidap kanser merupakan sesuatu yang amat sukar untuk diterima, namun mengikut statistik, setiap tahun hampir 40,000 rakyat Malaysia disahkan mempunyai penyakit yang membawa maut ini, dan dianggarkan 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia mengidap penyakit ini saban tahun. Kanser adalah penyakit yang sukar untuk dirawat dan biasanya berakhir dengan kematian, walaupun terdapat kaedah moden yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ini, namun tidak ada jaminan bahawa rawatan tersebut mampu merawat penyakit ini sepenuhnya. Mencegah kanser adalah lebih baik daripada merawatnya, mengamalkan gaya hidup yang sihat mampu mengurangkan terkenanya penyakit yang merbahaya ini.


Sudah tiba masa dimana rawatan kanser tidak boleh hanya tertumpu kepada satu kaedah sahaja. Rawatan pelengkap seperti herba dilihat sudah menjadi keperluan bagi menyokong kaedah yang sedia ada.

Kanser boleh terjadi pada hampir setiap kawasan pada tubuh kita, terutama pada kawasan yang mempunyai saluran darah, ini kerana kanser mendapat bekalan makanan dan bermetastasis (berjangkit) melalui saluran darah. Kanser tumbuh dengan cepat secara pecahan (multiply) dan biasanya tidak akan berhenti membesar sehingga mampu untuk menjangkiti kawasan lain. Kanser biasanya akan dirawat melalui kaedah pembedahan, dan rawatan susulan seperti kimoterapi akan digunakan bagi memerangi sel yang ada, namun kanser biasanya akan kembali menyerang selepas 2 hingga 5 tahun daripada tarikh akhir kimoterapi yang berjaya dan pada masa ini dos kimoterapi akan dinaikkan bagi mengatasi serangan berikutnya. Sel kanser yang aktif mampu membina perumah dan saluran darah yang tersendiri, ianya mampu mengawal persekitarannya, mengabaikan isyarat berhenti dari membesar, menyamar sehingga kelihatan sebagai sebuah sel yang normal pada tubuh. Kanser mampu berkongsi ketumbuhan yang sama pada satu-satu masa, ini bermakna terdapat kes dimana terdapat dua jenis kanser serentak pada satu tumor. Kanser yang menjangkiti tempat atau organ baru dipanggil metastatik, manakala proses itu dipanggil metastatis.



Kanser metastatik
Kanser metastatik merujuk kepada tumor utama dimana, jika ianya menjangkiti bahagian lain pada tubuh, kanser yang baru tersebut tidak dipanggil sebagaimana tempat tersebut namun masih dikenali dengan kanser pada bahagian asal, sebagai contoh, jika kanser paru-paru menjangkiti hati, kawasan hati yang terkena kanser itu tidak dikenali dengan kanser hati, namun dikenali dengan kanser paru-paru metastatik. Kanser metastatik merupakan pembunuh utama dan ramai pesakit meninggal dunia bukan disebabkan oleh ketumbuhan utama tapi disebabkan oleh ketumbuhan baru yang merebak ke organ lain di dalam tubuh. Kanser metastatik boleh memberi kerosakkan yang teruk pada tubuh, ianya menjadi sukar dikesan apabila sudah memasuki saluran darah, disebabkan kimoterapi hanya mensasarkan titik tertentu sahaja dan bukan pada keseluruhan tubuh, maka kanser jenis ini akan terus berkeliaran di dalam tubuh sehingga menjumpai kawasan yang sesuai bagi membina perumah baru, dan lebih merbahaya jika ianya membina perumah pada bahagian yang sensitif seperti di kawasan otak.

Terdapat beberapa jenis pertumbuhan sel (cell growth) pada kadar yang cepat berbanding biasa yang selalunya dikaitkan dengan kanser, antaranya adalah:

  • Hyperplasia
Hyperplasia bukanlah sel kanser dan bukan semua sel yang berkembang dengan cepat itu adalah kanser, terdapat juga sel yang berkembang dengan cepat berbanding sel normal namun masih di bawah kawalan dan hyperplasia adalah satu daripadanya. Hyperplasia ini berlaku disebabkan oleh kerengsaan otot yang kronik disebabkan oleh virus, bakteria, atau bahan kimia.

  • Displasia
Merupakan pertumbuhan sel yang agak serius berbanding hyperplasia. Pada displasia terdapat sel-sel tambahan yang perlu diberi perhatian. Secara umumnya, lebih banyak sel-sel asing yang timbul pada displasia, maka lebih tinggi risiko kanser akan terbentuk. Contoh displasia adalah tahi lalat yang tidak normal perlu dirawat dengan segera.

  • Carcinoma in situ
Berbeza dengan carcinoma dimana ianya adalah sejenis kanser, carcinoma in situ ini adalah sejenis penyakit yang menghampiri dan kadang-kadang turut dikenali dengan kanser, namun ianya bukan kanser kerana carcinoma in situ ini tidak merebak di luar tisu asal dan tidak menyerang tisu disekelilingnya sebagaimana yang sel kanser lakukan, namun oleh kerana kecenderungannya menjadi kanser, maka ia akan terus dirawat dengan segera.

Keladi tikus
Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan yang kurang dikenali, tidak seperti tongkat ali atau beberapa herba tropika yang lain, namun apa yang membuatkan ianya menjadi tumpuan para pengkaji adalah kejayaannya di dalam merawat ratusan pesakit kanser yang telah direkodkan pada tahun 1998, semenjak itu ramai yang mencari spesimen tumbuhan ini, namun tidak ramai yang menemui spesis ini, kerana pada masa itu tidak ramai yang berpengetahuan di dalam mengenali tumbuhan ini. Penggunaan keladi tikus bagi rawatan kanser merupakan salah satu cara yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh beberapa universiti tanah air, termasuk Universiti Putra Malaysia Serdang yang giat menjalankan kajian berasaskan tumbuh-tumbuhan. Pada permulaan, kajian terhadap keladi tikus ini dimulakan di USM Pulau Pinang oleh Prof Dr. Christoper Teo Khen, Pensyarah Fakulti Sains Kajihayat, oleh kerana kandungan anti kanser yang tinggi pada tumbuhan ini maka kajian susulan telah dibuat oleh beberapa buah universiti awam tempatan yang lain (Senarai). Salah satu daripada penelitian tersebut telah dibuat pada sampel sel leukemia manusia oleh Makmal Kajian Kanser MAKNA-UPM, Universiti Putra Malaysia, Serdang (Rajah 1 di bawah). Kajian ini telah membuka satu lagi dimensi baru bagi akses rawatan kanser melalui kaedah biokimia.



Rajah 1. Penurunan kadar keaktifan sel kanser sehingga 80% menggunakan ekstrak daun keladi tikus. (rujukan)
________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia.
Dapatkannya melalui baner di bawah (klik)

 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu