Fibroid - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser > Senarai Kanser


Apakah itu fibroid?
Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang terhasil daripada sel otot atau tisu penghubung berserat dan biasanya terjadi di dalam rahim. Dianggarkan 70 hingga 80 peratus wanita akan mengalami fibroid sepanjang hayatnya. Fibroid terbahagi kepada dua jenis, ada yang jinak dan ada juga yang ganas. Walaupun kebanyakan daripada fibroid bukanlah jenis kanser namun mereka yang terkena serangan perlu bertindak merawatnya seawal ia dikesan kerana dikhuatiri jika dibiarkan ia mampu berubah menjadi ketumbuhan jenis ganas. Fibroid biasanya membesar pada kecepatan yang berbeza beza walaupun pesakit itu mempunyai lebih dari satu ketulan fibroid pada satu-satu masa.

Fibroid rahim
Fibroid rahim merupakan ketumbuhan yang biasanya terjadi pada saluran rahim. Wanita yang hampir menopaus berisiko tinggi untuk mendapat fibroid. Fibroid paling kerap ditemui semasa pemeriksaan kesihatan rutin, pendarahan merupakan tanda yang biasanya terjadi kepada pengidap fibroid. Kajian menunjukkan peratusan kemungkinan serangan fibroid yang tinggi adalah disebabkan oleh keturunan (genetik).

Faktor risiko
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan serangan fibroid, antaranya adalah:

  • Umur - fibroid biasanya akan menyerang wanita dengan usia bermula dari awal 30an sehingga menopaus.
  • Sejarah keluarga (genetik) - memiliki sejarah keturunan yang mengidap fabroid meningkatkan risiko seseorang itu mempunyai fibroid sekitar tiga kali ganda berbanding orang biasa.
  • Etnik - wanita afrika-amerika lebih cenderung diserang fabroid berbanding etnik lain.
  • Obesiti - lebihan berat badan boleh menyebabkan serangan fibroid sehingga dua kali ganda berbanding biasa.

Jenis-jenis fibroid
Secara umumnya terdapat tiga jenis fibroid utama, antara yang dikenalpasti adalah:

  1. Fibroid subserosal: merupakan fibroid yang paling kerap menyerang individu, ia boleh membesar sehingga mempunyai tangkai yang melekat pada rahim.
  2. Fibroid intramural: Fibroid jenis ini tumbuh dan berkembang pada dinding otot rahim.
  3. Fibroid submucosal: fibroid jenis ini jarang menyerang, ia boleh tumbuh pada ruangan terbuka di dalam rahim.


Tempat fibroid menyerang dan nama perubatannya.

Simptom fibroid
Sebilangan besar pengidap fibroid tidak akan mengalami gejala sama skali, walaupun begitu jika bilangannya banyak, terdapat beberapa tanda yang boleh diambil perhatian, antaranya adalah:

  • Tempoh haid yang panjang dari biasa
  • Haid yang menyakitkan
  • Merasakan kesakitan atau tekanan pada kawasan pelvis (kawasan diantara pangkal paha sehingga ke pinggang)
  • Kerap membuang air kecil
  • Sakit pada bahagian belakang
  • Sakit semasa melakukan persetubuhan
  • Sukar hamil

Ujian pengesanan
Terdapat dua kaedah yang biasnya digunakan bagi mengesan kehadiran fibroid pada seseorang individu, antaranya adalah:

  • Ultrasound - kaedah ultrasound merupakan kaedah yang biasanya digunakan untuk mengesan kehadiran fibroid. Ia menggunakan gelombang bunyi untuk mendiagnosis fibroid dan ia melibatkan frekuensi yang lebih tinggi dari biasa. Doktor akan meletakkan alat untrasound pada perut atau faraj untuk membantu mengimbas rahim dan ovari, kaedah ini cepat dan ringkas selain mempunyai keputusan yang tepat, walaupun begitu ianya turut bergantung pada pengalaman serta kemahiran doktor atau juruteknik bagi mendapatkan hasil yang baik.

  • MRI - ujian pengimejan ini menggunakan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambar sebenar, kaedah ini membolehkan doktor mendapatkan gambaran sebenar ukuran, saiz, lokasi serta bilangan fibroid. Kaedah ini juga dapat membantu pakar untuk membuat keputusan yang terbaik bagi memilih kaedah rawatan yang bersesuaian.

Rawatan
Terdapat pelbagai cara yang biasa digunakan bagi merawat fibroid, daripada rawatan biasa sehinggalah kepada rawatan yang mempunyai kesan sampingan. Kaedah rawatan biasanya akan ditentukan berdasarkan jumlah fibroid serta jenis yang dihidapi oleh pesakit. Antara rawatan yang biasa digunakan adalah:

  • Pengganggu GnRH
Ubat yang turut dikenali dengan agonis GnRH ini akan menyebabkan tubuh menghasilkan kurang estrogen dan progesteron, kekurangan dua hormon ini akan menyebabkan fibroid mengecut. Penggunaan ubat agonis GnRH ini turut menghentikan kitaran haid namun tidak menjejaskan kesuburan selepas akhir rawatan. Penggunaan agonis GnRH juga akan menyebabkan gejala seperti menopaus, banyak berpeluh, faraj menjadi kering dan dalam beberapa kes - risiko pereputan tulang menjadi lebih tinggi. Agonis GnRH akan digunakan dalam jangka masa yang pendek sahaja dan ia biasanya digunakan sebelum pembedahan dilakukan bagi mengecilkan fibroid.

  • Ubat anti-radang
Ubat anti-radang non steroid seperti ibuprofen akan digunakan bagi mengurangkan kesakitan akibat fibroid

  • Pembedahan
Pembedahan mungkin menjadi pilihan terbaik bagi fibroid yang teruk dan tidak terkawal. Ia biasanya akan dicadangkan oleh pakar selepas pemeriksaan dibuat secara terperinci.

  • Histerektomi
Histerektomi merupakan kaedah penyingkiran sebahagian atau keseluruhan rahim. Kaedah ini dapat merawat fibroid yang sangat besar atau pendarahan yang berlebihan. Histerektomi secara total dapat mencegah fibroid daripada terjadi untuk kali kedua. Dalam beberapa kes, jika pakar terpaksa membuang ovari dan tiub fallopio, kesan sampingan boleh menyebabkan penurunan libido dan menopaus awal.

  • Myomektomi
Merupakan penyingkiran fibroid dari dinding rahim. Kaedah ini membantu mereka yang masih lagi mahu mempunyai anak.




USM temui Keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, 17/8/1998, Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
______________________________________________________________________________________________________________________________________

Video: Cara pembelian STF Kapsul keladi tikus premium serta TF Plus Biji Aprikot melalui sistem ecommerce rasmi.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia,
dapatkannya melalui baner di bawah (klik)


 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu