Kanser Dapat Dirawat - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser
Kanser dapat dirawat

USM temui keladi tikus ubat kanser
Keratan akhbar Utusan Malaysia, 17/8/1998

Belum dapat dipastikan mengapa hampir 80% pesakit kanser yang menjalani rawatan menemui kegagalan dan kebanyakannya berakhir dengan kematian, namun antara punca kegagalan yang dikenalpasti adalah berkait rapat dengan gaya hidup pesakit itu sendiri selain kanser yang sudah mencapai tahap sukar dirawat. Kanser boleh dikurangkan kadar keaktifannya, dan untuk mencapai tahap ini adalah penting bagi pesakit serta ahli keluarga memahami karakter penyakit kanser itu sendiri dan bagaimana ia berkembang. Terdapat beberapa kaedah yang dapat menurunkan kadar keaktifan kanser sekaligus menghalangnya daripada menular ke organ lain, antaranya adalah:

Jaga pemakanan
Tabiat pemakanan yang tidak sihat menyumbang kepada terbentuknya kanser pada diri seseorang, makanan yang tidak sihat menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kebanyakannya mempunyai rasa yang lazat serta mudah didapati, mengawal pemakanan merupakan tindakan segera yang perlu diambil oleh pesakit apabila mengetahui bahawa dia sudah terkena kanser, ini bermakna setiap makanan yang ingin disuap ke dalam mulut perlu ditapis terlebih dahulu, jika sebelum ini semua jenis makanan boleh dimakan namun hari ini semuanya sudah berubah, makanan yang berlemak, manis serta tinggi kandungan garam kebanyakannya sudah tidak boleh diambil seperti biasa, jika ingin diambil pun cukup hanya sekadar merasa sahaja kerana pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula terutamanya, boleh menyebabkan kanser menjadi semakin berkembangbiak, makanan yang bersesuaian dengan pesakit kanser boleh dirujuk disini.

Tinggalkan minuman serta makanan manis (termasuk kuih muih dan kek), jauhi sebarang bentuk minuman 3 dalam 1, jadikan pengambilan air kosong (atau air yang dicampur perahan lemon) sebagai amalan sekurang-kurangnya 2 liter sehari, kurangkan jumlah nasi kepada suku pinggan setiap kali hidangan disamping perbanyakkan sayuran hijau, jauhi makanan bergoreng dan berminyak yang tinggi kandungan lemak tepu serta kawal berat badan (jika obesiti) pula merupakan antara amalan yang dapat membantu mengurangkan kadar keaktifan sel kanser.


Arkib Berita Minggu, Utusan Malaysia.
Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Penggunaan rawatan pelengkap
Rawatan pelengkap merupakan salah satu daripada kaedah yang telah membantu ramai pesakit kanser sembuh sepenuhnya, penggunaan herba yang digabungkan dengan rawatan sedia ada merupakan kaedah yang paling terbaik dan berkesan bagi menghalang sel kanser dari terus berkembang seterusnya merawat dari dalam sel, penggunaan herba yang tinggi kandungan merawat kanser seperti keladi tikus dilihat menjadi pilihan bilamana rawatan biasa mula menunjukan simtom kegagalan. Penggunaan herba keladi tikus melalui kaedah menelan (oral) merupakan salah satu cara yang berkesan bagi membunuh sel kanser terus dari akar, kandungan anti-tumornya yang dikenali dengan nama Ribosome Inactivating Protein, sejenis mekanisma pertahanan semulajadi pokok telah dikaji dan ianya terbukti dapat memerangi sel kanser, kajian ini dilakukan oleh Universiti Vita Salute, Itali. Rujukan disini.

Penggunaan herba keladi tikus perlu seiring dengan rawatan moden, semakin awal penggunaan semakin awal penyebaran sel kanser dapat dihalang. Zat anti kanser yang tinggi pada herba ini menjadi antara faktor utama mengapa ianya menjadi pilihan, dengan kesan yang menyeluruh, ianya merupakan salah satu daripada kaedah yang diakui dapat memberikan kadar penyembuhan yang tinggi kepada pengguna. Selain digunakan untuk merawat, herba ini juga turut digunakan untuk pencegahan, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah keturunan penyakit kanser.

Ada pesakit yang sembuh dengan hanya menggunakan keladi tikus dan menjaga pemakanan sahaja. Diet beliau adalah ikan singgang dan ikan kembong yang dibakar tawar - tanpa budu, tanpa sambal belacan atau cincalok, selama 1 tahun. Tiada minuman manis, tiada makanan bergoreng, tiada makanan lemak bersantan, tiada makanan segera atau yang diproses, hanya nasi pada kuantiti suku pinggan berlaukan ikan singgang atau ikan bakar, ulam-ulaman kampung dan herba keladi tikus sahaja, kaedah ini mungkin dilihat kurang menyelerakan dan agak sukar untuk diamalkan bagi sesetengah individu namun, hasilnya sangat berbaloi, beliau kini bebas daripada kanser, namun kawalan pemakanan masih tetap diteruskan bagi mengelakan kanser kembali menyerang untuk kali kedua.


________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia.
Dapatkannya melalui baner di bawah (klik)

 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu