Kanser Esofagus - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser esofagus adalah kanser yang terjadi di sepanjang saluran esofagus - tiub panjang yang bermula dari kerongkong yang bersambung ke perut. Esofagus merupakan laluan makan terus ke perut untuk dicerna. Kanser esofagus biasanya terjadi pada sel yang berada di sekitar laluannya dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian sepanjang esofagus. Kaum lelaki lebih terdedah kepada kanser ini berbanding wanita dan ianya merupakan antara penyebab kematian keenam tertinggi di seluruh dunia.

Ensiden kanser esofagus ini berbeza mengikut lokasi serta geografi. Pada sesetengah kawasan, kadar kanser ini mencatat kenaikan yang tinggi, hal ini disebabkan oleh penggunaan tembakau, pengambilan alkohol, tabiat pemakanan serta obesiti. Terdapat beberapa tanda kanser esofagus, antaranya adalah:

  • Kesukaran menelan.
  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba.
  • Merasakan tekanan, kesakitan atau pedih pada dada.
  • Pedih ulu hati.
  • Masalah pencernaan.
  • Batuk yang berpanjangan.


Rajah 1: Kedudukan esofagus pada tubuh

Punca kanser esofagus
Tidak dapat dipastikan dengan jelas punca sebenar kanser ini, namun ianya bermula apabila esofagus mengalami mutasi pada DNA mereka, mutasi ini akan menyebabkan sel kanser tumbuh dengan cepat tanpa kawalan. Sel-sel yang tidak terkawal ini akan membentuk tumor esofagus dan boleh menyerang kawasan sekeliling serta berpotensi untuk merebak ke bahagian yang lain di dalam badan.

Jenis-jenis kanser esofagus
Kanser esofagus dikelaskan mengikut jenis sel yang terjadi, antaranya adalah:

  • Adenocarcicoma.
Kanser jenis ini terjadi pada sel-sel kelenjar yang tersembunyi pada esofagus, ianya kerap berlaku pada bahagian bawah esofagus yang berdekatan dengan usus. Adenocarcicoma adalah kanser paling biasa menyerang, terutamanya perokok serta mereka yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak seimbang.

  • Karsinoma skuamosa sel (Squamos cell carcinoma)
Kasinoma skuamosa sel merupakan sel yang rata dan nipis yang berada pada permukaan esofagus. Kanser Karsinoma skuamosa sel ini kerap terjadi pada bahagian atas atau tengah esofagus.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini

Penyebab
  • Mempunyai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Merokok
  • Mempunyai perubahan pramatang pada sel esofagus.
  • Esofagus yang tidak berehat (achalasia)
  • Obesiti
  • Meminum alkohol
  • Selalu meminum minuman yang sangat panas.
  • Kurang makan sayur atau buah-buahan.
  • Terdedah kepada radiasi berpanjangan pada bahagian dada.

Pencegahan
Terdapat beberapa langkah bagi mengurangkan risiko kanser esofagus, antaranya adalah:

  • Berhenti merokok, ianya dapat mengurangkan risiko terjadinya kanser jenis ini pada diri dan juga orang di sekeliling.
  • Berhenti mengambil alkohol. Pengambilan alkohol tidak hanya antara punca terjadinya kanser esofagus tetapi ianya juga boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada hati.
  • Makan lebih banyak buah serta sayuran. Kandungan vitamin pada buah serta sayuran dapat membantu mencegah daripada diserang oleh kanser jenis ini.
  • Kekalkan berat badan pada tahap yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) dilihat mempunyai risiko yang tinggi diserang oleh kanser esofagus, oleh itu dengan mengekalkan berat badan pada tahap yang ideal dapat mencegah daripada terkena serangan kanser ini.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content