Kanser Hidung - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser > Senarai Kanser
Kanser hidung merupakan kanser jenis malignan (kanser yang merebak) yang terbentuk pada tisu sinus dan juga rongga hidung. Kanser hidung ini terbahagi kepada dua jenis: Sinus Paranasal dan Rongga Nasal.

Sinus Paranasal (Paranasal Sinuses)
Sinus Paranasal membawa maksud berhampiran, ianya berada berdekatan dengan kawasan yang berongga dan mempunyai ruang yang terisi dengan udara di sekitar tulang di kawasan hidung, bahagian ini biasanya dipenuhi dengan sel-sel yang menghasilkan lendir bagi tujuan melembabkan hidung daripada kering semasa bernafas. Terdapat beberapa Sinus Paranasal, antaranya adalah:

1 - Sinus Frontal - terletak pada kawasan dahi, sekitar kening.
2 - Sinus Maxillary - berada pada kedua dua tulang pipi
3 - Sinus Ethmoid - berada di atas hidung, di antara mata.
4 - Sinus Sphenoid - terletak di belakang hidung, di tengah-tengah tengkorak.



Kanser yang terjadi pada kawasan ini terjadi apabila sel-sel yang ada tidak berhenti berkembang dan membiak secara tidak terkawal, ia biasanya akan merebak ke kawasan lain jika lambat dirawat. Tindakan segera seperti pembedahan dan pengawalan dengan ubat-ubatan dapat melambatkan proses serangan.

Kanser Ronggal Nasal (Nasal Cavity)
Kanser ini adalah sejenis kanser kepala dan leher, kebanyakkan daripada kanser hidung ini adalah dari jenis ganas, namun bergantung kepada jenis ketumbuhan yang menyerang. Kebanyakkan daripada kanser hidung yang terjadi adalah jenis Karsinoma Sel Skuamosa, ianya terbentuk pada sel rata yang nipis yang melapisi bahagian dalam sinus dan rongga hidung.

Terdapat beberapa jenis kanser Sinus Paranasal dan kanser rongga hidung (Nasal Cavity) antaranya adalah:

  • Melanoma: kanser yang terjadi di dalam sel-sel yang dipanggil melanosit (melanocytes)
  • Sarcoma: kanser yang terjadi pada tisu penghubung.
  • Inverting Papiloma: ketumbuhan yang terjadi di kawasan hidung dan dari jenis benign (tidak ganas) namun ada sebilangan kecil yang boleh membentuk kanser.
  • Midline Granulomas: kanser pada tisu di tengah kawasan muka, ianya akan lebih aktif jika pesakit sering terdedah kepada bahan kimia atau habuk tertentu, pendedahan ini boleh meningkatkan risiko kanser sinus paranasal dan juga kanser rongga hidung menjadi lebih aktif.

Risiko
Kanser hidung biasanya terjadi pada mereka yang terlibat dengan menyedut bahan kimia atau debu tertentu yang biasanya ada pada beberapa jenis pekerjaan seperti:

  • Pembuatan perabot atau kerja yang berasaskan kayu.
  • Kerja penggerudian
  • Pertukangan kayu
  • Pembuatan kasut
  • Peleburan logam
  • Kilang tepung atau kedai roti
  • Merokok

Mereka yang berumur lebih dari 40 tahun dan individu yang telah dijangkiti dengan virus HPV juga boleh terkena serangan kanser hidung.

Tanda-tanda
Segeralah berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti:
  • Tekanan pada hidung
  • Sakit kepada berterusan atau sakit pada kawasan hidung
  • Hidung berair dalam masa yang lama
  • Pendarahan hidung yang banyak
  • Sakit yang lama pada kawasan hidung
  • Benjolan pada kawasan muka atau mulut
  • Rasa kegatalan pada kawasan hidung
  • Penglihatan yang berganda, atau mata tidak selari.
  • Merasakan tekanan atau sakit di kawasan telinga.

Ujian fizikal akan dijalankan bagi mengenalpasti permasalahan yang timbul daripada tanda-tanda yang disebutkan di atas.
________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia.
dapatkannya melalui baner di bawah (klik)

 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu