Kanser Limfoma - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser limfoma (lymphoma) adalah sejenis kanser kelenjar yang melibatkan sistem limfatik, ianya memberi kesan kepada sel darah putih yang dikenali dengan nama limfosit. Tugas utama limfosit adalah membantu badan melawan penyakit dan ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem imun tubuh. Kanser limfoma boleh terjadi pada hampir keseluruhan peringkat umur, antara julat tertinggi terkena serangan adalah diantara umur 15 hingga 30 tahun namun ianya boleh juga berlaku pada mereka yang lebih tua.

Walaupun kanser limfoma adalah kanser yang lebih kepada permasalahan sistem kelenjar, namun ianya adalah sejenis kanser darah, ini kerana ianya membabitkan sel darah putih yang mengalami pertumbuhan yang tidak terkawal. Kanser limfoma mempunyai hampir 35 sub jenis yang hampir sama, bergantung kepada bahagian sel yang terlibat. Kanser limfoma terbahagi kepada dua jenis, satu limfoma jenis hodgkin dan limfoma bukan hodgkin (rujukan). Sistem limfa berfungsi sebagai penapis yang menapis sebarang jenis bentuk virus yang menyerang tubuh, permasalahan kanser limphoma ini timbul apabila sistem limfa tidak lagi berfungsi dengan baik mengakibatkan sistem pertahanan diri menjadi rapuh dan mudah terdedah kepada serangan penyakit.


Limfoma boleh diatas dengan penggunaan keladi tikus asli, hasil kajian yang dijalankan oleh USM mendapati keladi tikus dapat mengubati barah dan juga ketumbuhan. Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis serta jurnal lengkap keladi tikus klik di sini.



Tanda-tanda kanser limfoma.
Gangguan daripada abnormaliti yang berlaku pada sistem limfa boleh menyebabkan fungsi organ-organ penting terjejas, lalu menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan pesakit. Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti adalah:

  • Pembengkakan kelenjar limfa, samada di bahagian leher, bawah ketiak, bahagian rusuk atau sekitar paha.
  • Demam berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan secara mendadak
  • Cepat letih & tidak bertenaga
  • Ruam kulit, selalunya di bahagian kaki
  • Sering berpeluh pada waktu malam
  • Tanda lain pada bahagian organ tertentu: contohnya batuk & sesak nafas akibat pembengkakan peparu atau berak berdarah akibat pembengkakan usus.

Pada tahap awal, ia mula menyerang sebahagian kecil sistem limfa dan seterusnya melibatkan lebih banyak bahagian hingga mengganggu fungsi organ. Jika tidak dirawat sejak awal, ia boleh membawa maut.

Pembunuh senyap
Kadar kematian pesakit kanser limfoma mencatat jumlah yang membimbangkan walaupun sudah dirawat dan tidak semua pesakit dapat diselamatkan, penggunaan ubat yang tidak bersesuaian, konsep tunggu dan lihat, penggunaan ubat di bawah percubaan, pemakanan serta keadaan persekitaran yang kurang sihat memainkan peranan di dalam kegagalan ini, apabila hal ini terjadi adalah perlu kepada pesakit untuk mencari rawatan pelengkap yang lain dengan kadar segera bagi memastikan penyakit yang ada dapat dirawat dengan lebih cepat, efektif dan berkesan tanpa berharap kepada satu kaedah rawatan semata-mata.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.


Back to content