Kanser Sarcoma - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser > Senarai Kanser


Kanser Sarcoma merupakan sejenis kanser yang boleh terjadi di seluruh tubuh, ia biasanya terjadi pada kawasan yang bertisu seperti pada daging, tulang dan kulit. Kanser sarcoma memiliki lebih 50 jenis kanser yang berbeza namun jenis yang biasa dialami oleh pesakit adalah jenis yang menyerang tisu lembut yang menyokong serta menghubungkan anggota tubuh yang lain seperti otot, lemak, saraf, urat dll.

Sarcoma tisu lembut
Kanser sarcoma tisu lembut bernula dimana sel normal mula tumbuh dan membesar di luar kawalan, keseluruhan tubuh berpotensi untuk membentuk kanser sarcoma dan ia boleh merebak ke seluruh anggota tubuh, walaupun kanser ini mempunyai bentuk seperti ketumbuhan akan tetapi bukan semua ketumbuhan adalah kanser. Pada kebiasaannya, sarcoma boleh terbentuk pada bahagian lengan atau kaki, leher atau kepala, pada organ dalaman serta pada rongga usus, dan ianya juga kerap dijumpai pada bahagian tulang. Sarcoma adalah sejenis barah yang jarang berlaku, tidak seperti karsinoma, dan ianya terbahagi kepada dua jenis pecahan yang besar: sarcoma tisu lembut dan sarcoma tulang (osteosarcoma).

Gejala
Kesakitan merupakan gejala sarcoma yang paling biasa dirasaii oleh individu yang menghidapinya, disertai dengan bengkak pada kawasan yang terkena serangan yang disusuli dengan kesukaran untuk melakukan pergerakan jika ianya terjadi pada sendi. Gejala yang lain adalah keletihan, demam, penurunan berat badan yang ketara dan anemia (kekurangan sel darah merah yang membekal oksigen ke seluruh tubuh). Tidak dapat dipastikan dengan tepat apakah punca sebenar penyebab kanser ini, namun mengikut kajian secara keseluruhan, kanser terbentuk apabila wujudnya mutasi pada sel yang mengubah struktur DNA untuk terus membesar dan berpecah, proses mutasi ini memberi maklumat kepada sel untuk terus tumbuh dan berkembang, keadaan inilah yang membentuk sarcoma atau ketumbuhan, sel yang termutasi ini boleh berpecah dan merebak ke seluruh badan.


Ilustrasi yang menunjukan bagaimana kanser sarcoma terbentuk pada bahagian tisu lembut di dalam tubuh.

Risiko
Tidak ada kajian yang betul-betul mengesahkan risiko berkaitan dengan kanser sarcoma namun terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan, antaranya adalah:

  • Anda mempunyai ahli keluarga yang mengidap sarcoma
  • Anda mengidap penyakit tulang yang disebut sebagai paget
  • Anda mempunyai gangguan genetik neurofibromatosis, sindrom gardner, retinoblastoma atau sindrom li-fraumeni.
  • Anda terdedah kepada radiasi yang berpanjangan.

Jenis sarcoma tisu lembut
Terdapat beberapa jenis sarcoma tisu lembut, walaupun tidak semua disenaraikan di sini namun adalah menjadi kebaikan untuk kita mengenali beberapa jenis daripadanya, antaranya adalah:

  • Fibrosarcoma - biasanya terjadi pada bahagian kaki, lengan dan badan, ia biasanya menyerang mereka yang berumur diantara 20 ke 60 tahun, walau bagaimanapun terdapat juga kes dimana bayi turut diserang oleh tumor jenis ini.
  • Alveolar Sarcoma - merupakan kanser yang jarang berlaku, ia biasanya menyerang orang dewasa dan selalunya tumbuh pada bahagian kaki.
  • Angiosarcoma - bermula pada saluran darah atau saluran limfa, tumor ini kadang-kadang bermula pada bahagian yang telah dirawat dengan radiasi (serangan kali kedua)
  • Sarcoma epitelioid - biasanya bermula pada tisu di bawah kulit tangan, bawah lengan dan juga pada bahagian kaki. Remaja dan mereka yang berumur dalam lingkungan 25 tahun ke atas kerap diserang tumor jenis ini.
  • Sarcoma fibromyxoid - sejenis barah yang lambat berkembang, tidak menyakitkan pada awal dan kerap menyerang bahagian paha, ia juga dikenali dengan panggilan tumor evans.
  • Sarcoma kaposi - merupakan sejenis sarcoma yang terjadi pada saluran darah atau sistem limfa.
  • Leiomyosarcoma - wujud pada permukaan licin, ianya sering terjadi pada usus atau rahim, namun boleh juga menyerang bahagian yang lain.
  • Liposarcoma - sejenis sarcoma yang boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh, dan ia biasanya menyerang bahagian paha, belakang pelipat lutut dan juga perut. Kanser ini biasanya menyerang individu yang berumur 50 ke 65 tahun.
  • Mixofibrosarcoma - kerap dijumpai pada bahagian lengan dan kaki mereka yang berusia. Kerap tumbuh pada bahagian kulit dan biasanya mempunyai lebih dari satu tumor pada satu-satu tempat.
  • Rhabdhomyosarcoma - sejenis sarcoma tisu lembut yang biasanya menyerang kanak-kanak.
  • Sarcoma sinovial - sejenis tumor ganas yang biasanya menyerang bahagian sendi. Kawasan yang biasa terkena serangan adalah pinggul, lutut, pergelangan kaki dan bahu. Tumor ini berpotensi menyerang semua jenis lapisan umur.



Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.


Jurnal perubatan serta tesis lengkap mengenai kemampuan Keladi tikus merawat kanser, klik untuk info selanjutnya.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Video: Penerangan STF kapsul Keladi tikus asli Malaysia serta video tutorial pembelian melalui ecommerce rasmi.
_________________________________________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia,
dapatkannya melalui baner di bawah (klik)


 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu