Kanser yang Dihalang - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser
Kanser bukanlah sejenis penyakit yang boleh sembuh dengan begitu mudah, ada pesakit yang bernasib baik namun ada juga sebaliknya. Kanser juga merupakan sejenis penyakit yang sangat agresif, sikap sambil lewa semasa di dalam rawatan seperti tidak menjaga pemakanan sememangnya bakal mengundang padah, namun ianya masih lagi boleh diubati dan disekat daripada berkembang, terdapat pelbagai cara bagi merawatnya termasuklah penggunaan herba yang di panggil Keladi tikus (Typhonium flagelliforme).

Typhonium flagelliforme (Keladi tikus) merupakan sejenis tumbuhan natif Malaysia, ia biasanya digunakan oleh masyarakat tempatan untuk merawat kanser tahap rendah sehinggalah kepada tahap tinggi. Satu kajian berpandukan bioaktiviti telah dijalankan ke atas ekstrak tumbuhan ini bagi mengetahui nilai aktiviti anti-proliferatifnya yang boleh digunakan bagi manfaat manusia. Mempunyai bahagian umbi yang putih, daun berbentuk segitiga bujur meruncing ke hadapan, tumbuhan ini juga boleh ditemui di Utara Bengal di India dan juga Sri Lanka (Nicolson & Sivadasan, 1981). Sebelum ini, herba Keladi tikus pernah tersalah kenal, ianya disebut sebagai Teksiium divaricatum, namun telah dibetulkan nama dan maklumat mengenainya telah pun direkodkan. Di Malaysia, selain dikenali dengan nama Keladi tikus, herba ini juga turut dikenali dengan nama Rodent tuber atau Lao Shou Yu dalam bahasa kantonis. Selain digunakan bagi merawat kanser, ia juga turut digunakan bagi mengurangkan masalah panas badan, melegakan pembengkakan dan batuk yang berpanjangan (Teo dan Ch'ng, 1999; Lee dan Wong, 2004). Beberapa jenis bahan aktif telah dikenal pasti terkandung pada herba ini, antaranya adalah asid alifatik dan juga asid lemak, selain itu, glikosa fenilpropanoid, sterol serta ceredbrosida turut dijumpai pada akar tumbuhan ini. Selain mempunyai kandungan anti kanser, Ianya juga turut mempunyai sifat anti-asma serta anti radang.

Rujukan: Typhonium flagelliforme inhibits cancer cell growth in vitro and induces apoptosis - An evaluation, Elsevier, Ireland, 2008.



Penurunan kadar sel kanser kolon (usus) dengan ekstrak Typhonium flagelliforme (Keladi tikus)
Kredit: Department of Drug Design and Discovery, Faculty of Pharmacy, Sanata Dharma University, Yogyakarta.

Bermula daripada awal penemuan, herba ini telah menjalani beberapa sini kajian, antaranya telah dilakukan di beberapa pusat pengajian tinggi negara, antaranya di Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia serta Universiti Putra Malaysia. Hasil daripada kajian terhadap herba liar ini telah membuktikan penemuan anti-kanser yang tinggi, terutama pada daun pokok yang telah mencapai usia 2 bulan dan ke atas. Penggunaan herba ini dilihat telah memberikan banyak perubahan positif, terutamanya bagi mereka yang menggunakannya secara berterusan. Selain daripada berupaya mewujudkan keadaan yang tidak sesuai bagi sel kanser untuk berkembang, sifat Apoptosis (sifat merungkai sel) yang ada padanya pula dapat menyebabkan sel kanser musnah dari dalam.

Menghalang kanser
Herba keladi tikus telah lama digunakan di Malaysia sebagai terapi kanser oleh pelbagai etnik tempatan (Neoh, 1992) ianya juga boleh ditemui di Australia Utara sehingga ke Selatan India. Beberapa pecahan heksana dan diklometana dari tumbuhan ini didapati telah menghalang pertumbuhan sel kanser (NCI-H23) dengan ketara, disamping itu pecahan aktifnya juga dikesan menghalang pertumbuhan bukan tumorigenik (ketumbuhan bukan kanser). Terdapat kajian terdahulu melaporkan ekstrak heksana daripada herba Keladi tikus menunjukkan kesan sitotoksik pada sel-sel leukemia, manakala ekstrak air mentah daripada tumbuhan ini pula didapati mampu mengurangkan pertumbuhan sel limfoid secara dalam vitro. Kajian farmakologi terhadap tikus pula mendapati herba ini mampu mencegah hepatocarcinogenesis (punca terjadinya kanser pada hati)

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Makmal Kajian Kanser UPM-Makna Serdang, Selangor mendapati, ekstrak herba keladi tikus mampu menghalang percambahan sel leukemia, sekaligus membawa kepada kematian sel tersebut (muka surat 144, kajian no.563 - rujukan)
________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia.
Dapatkannya melalui baner di bawah (klik)

 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu