Ketumbuhan - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser
Ketumbuhan secara asasnya terbahagi kepada dua jenis: Malignan dan juga Benign. Seperti yang telah dinyatakan oleh kebanyakkan ahli perubatan, ketumbuhan jenis Benign adalah tidak merbahaya dan hanya tumbuh di sekitar dimana ianya berada sahaja, berbeza dengan ketumbuhan jenis Malignant dimana ianya mampu menyerang keseluruhan organ tubuh manusia. Ketumbuhan adalah sesuatu yang mengganggu emosi serta pergerakan seharian, ianya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak disenangi dan perlu diberi perhatian dengan kadar segera. Ketumbuhan tidak hanya menyerang mereka yang berusia malah ketumbuhan juga boleh tumbuh pada bayi dan juga kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.

Penyebab ketumbuhan.
Tidak dapat dijelaskan secara saintifik apakah yang membawa kepada terjadinya ketumbuhan pada diri seseorang namun kebanyakkan daripada pengkaji berpendapat bahawa makanan yang tidak sesuai dengan tubuh merupakan salah satu daripada punca utama. Makanan yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi turut meyumbang kepada permasalahan ini di kalangan orang dewasa. Ketumbuhan selain disebut dengan panggilan tumor, ianya turut dikenali dengan panggilan neoplasma, walaupun terdapat sesetengah ketumbuhan kelihatan tidak merbahaya namun ianya mungkin termasuk di dalam kategori jenis kanser (malignant) yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan, dalam hal ini pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan jenis ketumbuhan yang ada.

Walaupun ketumbuhan terkenal dengan dua jenis namun, secara pecahannya yang terperinci terbahagi kepada tiga jenis:

  • Benign (ketumbuhan bukan kanser)
  • Premalignant (ketumbuhan yang akan menjadi kanser)
  • Malignan (ketumbuhan jenis kanser)

Benign
Ketumbuhan jenis benign ini boleh tumbuh dimana-mana sahaja, dan ianya boleh dirasakan benjolannya jika ia tumbuh pada kawasan permukaan kulit dan kawasan berukuran setengah inci daripada kulit, sebagai contoh terdapat banyak laporan ketumbuhan jenis benign pada kawasan payudara yang sering disalah anggap sebagai kanser. Ketumbuhan jenis benign ini sangat umum pada manusia dan merupakan ketumbuhan yang lebih banyak terjadi berbanding ketumbuhan jenis malignant.



Contoh ketumbuhan benign jenis lipoma yang tumbuh sekitar lapisan kulit

Pengkelasan benign
Tumor benign akan diklasifikasikan pada kawasan ianya terbentuk, antaranya adalah:

  • Lipomas - ketumbuhan jenis benign yang tumbuh pada sel-sel lemak.
  • Myomas - ketumbuhan yang tumbuh pada kawasan otot dan saluran darah.
  • Adenomas - terbentuk pada kawasan tisu yang meliputi kelenjar, organ dan struktur dalaman seperti di sekitar usus atau hati.
  • Nevi - ketumbuhan jenis benign yang tumbuh pada kulit, seperti tahi lalat.
  • Fibroid - ketumbuhan yang boleh tumbuh pada mana-mana organ namun biasanya dijumpai di sekitar rahim.

Di dalam kebanyakkan kes, ketumbuhan jenis benign ini akan dipantau dengan teliti kerana ianya berpotensi untuk berkembang menjadi kanser pada masa akan datang. Sesetengah ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain, sebagai contoh Fibroid yang tumbuh pada kawasan rahim boleh menyebabkan sakit pelvis yang akan menyebabkan pendarahan yang tidak normal, dan sesetengah tumor dalaman mungkin akan menyekat saluran darah yang akan menekan saraf yang akan menyebabkan kesakitan.

Gejala
Bergantung kepada lokasi, tidak semua tumor mempunyai gejala, namun terdapat beberapa simptom yang perlu diberi perhatian, antaranya adalah jika ketumbuhan itu tumbuh di kawasan kulit atau kurang dari seinci dibawah lapisan kulit, ia biasanya boleh dirasa melalui sentuhan, bagi ketumbuhan yang tumbuh di sekitar otak pula, pesakit mungkin akan mengalami sakit kepala, masalah penglihatan dan ingatan yang kurang jelas. Gelaja yang lain yang berkemungkinan disebabkan oleh tumor adalah:

  • Menggigil.
  • Kurang selesa atau merasa sakit.
  • Cepat letih.
  • demam.
  • Hilang / kurang selera makan.
  • Berpeluh malam.
  • Berat badan berkurangan tanpa sebab munasabah.

Ketumbuhan jenis benign mungkin cukup besar untuk dikesan jika ia tumbuh hampir pada kulit, namun saiznya kadang kala tidak cukup besar untuk memberi rasa sakit dimana rasa sakit itu merupakan penyebab diketahui kewujudannya pada peringkat awal, oleh itu sebarang perubahan yang tidak normal perlu dirujuk kepada doktor dengan kadar segera.

Diagnos
Beberapa cara akan digunakan bagi mendiagnos tumor jenis jinak ini, sebelum pemeriksaan dijalankan doktor biasanya akan menentukan samada ketumbuhan tersebut adalah benign atau malignan melalui ujian makmal, selepas ketumbuhan itu disahkan jenisnya, beberapa pemeriksaan akan dibuat seperti pemeriksaan fizikal, pengumpulan sejarah perubatan dan gelaja yang dialami. Kebanyakkan tumor benign dapat dikesan dengan cara berikut:

  • Imbasan CT (CT Scan)
  • Imbasan MRI
  • Mamogram
  • Ultrasound
  • Sinaran-X

Ketumbuhan benign mempunyai karakter yang tersendiri untuk diklasifikasikan sebagai ketumbuhan yang tidak merbahaya, namun jika ianya mempunyai karakter pre-malignan atau malignan, doktor akan melakukan ujian darah atau persempelan bagi mengesan kehadiran penanda kanser yang mungkin ada pada ketumbuhan tersebut. Kaedah yang digunakan bergantung kepada kawasan tumor itu tumbuh.
________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia.
Dapatkannya melalui baner di bawah (klik)

 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu