Pantang Larang Kanser - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser
Bagi pesakit kanser, selain mendapatkan rawatan serta menggunakan ubat, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti jika ingin kanser yang ada sembuh dengan lebih cepat, mungkin perkara ini tidak diberitahu oleh pengamal perubatan yang merawat tetapi dengan amalan penjagaan ini telah terbukti membantu pesakit menjadi lebih baik. Antara perkara / makanan yang perlu dielakkan adalah:

Gula putih
Gula merupakan satu-satunya makanan yang menjadi penyebab kehadiran banyak penyakit di dalam tubuh, ianya mungkin membekalkan tenaga namun pada masa yang sama juga ia turut menyumbang kepada beberapa jenis penyakit termasuk kanser dan gout yang tidak sembuh-sembuh. Gula juga boleh meningkatkan risiko nyanyuk pada usia tua. Berhenti mengambil gula putih samada dalam minuman atau makanan adalah cara yang amat berkesan bagi mengurangkan kadar keaktifan kanser.

Gula juga boleh meningkatkan risiko kanser hati bagi mereka yang sihat jika tidak dikawal pengambilannya.



Susu pekat manis
Merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat di Malaysia, penggunaan susu pekat manis di dalam minuman - sejuk atau panas - merupakan satu kemestian, namun adalah perlu diketahui bahawa kandungan gula yang terpadat pada susu pekat manis adalah amat tinggi. Terdapat kes dimana seorang pemuda yang mengamalkan minuman yang dicampur dengan susu pekat manis sebelum tidur telah membina ketumbuhan pada kulitnya dan ketumbuhan tersebut dilihat berisiko sebagai kanser.

Makanan segera / diawet
Makanan yang diawet seperti makanan dalam tin seperti sardin adalah tidak sesuai bagi pesakit kanser, ini kerana kandungan bahan pengawet yang digunakan dapat menyebabkan sel kanser menjadi lebih aktif. Mengamalkan makanan segar dan berkhasiat adalah disarankan.

Makanan laut
Adalah perlu diketahui bahawa makanan laut seperti sotong, kerang, udang (termasuk gamat) dan sebarang bentuk hidupan bercengkerang adalah tidak sesuai diambil oleh mereka yang mengidap kanser, ini kerana makanan tersebut mempunyai kandungan purin yang tinggi yang boleh menyebabkan peningkatan asid urik di dalam darah selain tahap merkuri yang merbahaya kepada pesakit. Terdapat juga beberapa jenis ikan yang perlu dielakkan, antaranya adalah: tuna, ikan sardin, tongkol, selayang, bilis dan juga ikan parang.

Makanan diproses (termasuk burger, sosej dll)
Sebarang jenis bentuk makanan yang diproses, termasuk produk berasaskan daging seperti lembu, kambing, kerbau serta babi adalah tidak sesuai untuk dijadikan makanan harian bagi pesakit kanser, dan jika ingin dijadikan hidangan, hanya bahagian yang rendah kandungan myoglobin adalah disarankan (Myoglobin adalah kombinasi protin dan air yang membawa oksigen ke bahagian daging, semakin tinggi kandungan myoglobin pada daging, semakin gelap warna daging tersebut). Hadkan pengambilan.


Makanan yang mempunyai bahagian hangus terbakar seperti satay juga berisiko kepada pengguna, bahagian yang hangus terbakar mempunyai kandungan karsinogen yang tinggi, selain merbahaya bagi pesakit kanser, karsinogen juga boleh menyebabkan peningkatan risiko kanser usus bagi mereka yang sihat. Gambar di atas adalah contoh satay yang telah dibersihkan bahagian yang hangus terbakar sebelum dimakan.

Minuman berkarbonat
Kandungan gula yang terdapat pada minuman berkarbonat adalah tinggi, ianya bagi menutup rasa pahit gas yang ditambah pada minuman tersebut sekaligus menjadikan ianya lazat untuk dinikmati. Mereka yang ingin menjaga kesihatan adalah disarankan agar tidak mengamalkan minuman jenis ini, terdapat kes dimana seorang kanak-kanak telah disahkan mengidap kencing manis akibat menjadikan minuman berkarbonat sebagai minuman harian.

Minuman tenaga
Selalu diiklankan pada televisyen, minuman tenaga dengan campuran beberapa jenis bahan dapat memberikan tenaga - namun minuman tersebut hanyalah sekadar campuran air, gula yang banyak dan perasa, minuman jenis ini walaupun tanpa gas (karbonat) adalah perlu dijauhi sama sekali, amalan mengambil minuman jenis ini dapat menyebabkan penyakit yang ada tidak akan sembuh, bahkan semakin teruk.

Minuman segera 3 - 1
Minuman ini sangat popular di kalangan masyarakat hari ini, selain mudah disediakan, bau dan rasanya yang lembut mampu memikat hati sesiapa sahaja, namun awas, kandungan gula serta krimer bukan tenusu yang terdapat padanya mampu mengaktifkan sel kanser jika diamalkan selalu.

Secara keseluruhannya, 90% penyebab kanser adalah berpunca daripada makanan, oleh itu adalah menjadi keperluan membuat kajian dan pembacaan yang meluas bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang makanan yang perlu dielakkan bagi mengurangkan kadar keaktifan kanser. Risiko kanser dapat dikurangkan dengan mengambil tahu kesan daripada makanan yang diambil, senarai makanan diatas adalah sebahagian daripadanya.

Penggunaan herba keladi tikus telah terbukti dapat merawat serta mampu mencegah pembentukan kanser pada seseorang, walaupun dikatakan mengarut namun pada hakikatnya, 90% kematian adalah datang daripada mereka yang hanya bergantung pada rawatan moden semata-mata tanpa rawatan herba pelengkap. Jumlah kematian pesakit kanser di Malaysia pula adalah pada julat 50 orang sehari. Pantang makan, amalkan herba dan dapatkan rawatan hospital adalah kaedah yang dapat mengurangkan risiko kematian akibat kanser.
________________________________________________________________________________________________

STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia.
Dapatkannya melalui baner di bawah (klik)

 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu