Penawar Kanser - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Seringkali kita mendengar atau membaca berita mengenai kematian pesakit kanser di seluruh tanah air, bermula daripada artis, peniaga, penggiat seni sehinggalah kepada orang biasa, dan berita mengenai kematian ini telah meningkat tahun demi tahun. Jika dilihat dari sudut perubatan, telah bermacam cara digunakan bagi merawat penyakit ini, kajian demi kajian juga telah dilaksanakan namun kadar kematian tetap juga menunjukan angka yang tinggi.

Kegagalan rawatan yang digunakan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya adalah kanser sudah mencapai tahap 4 dimana ianya merupakan tahap yang sukar untuk dirawat, selain itu kebanyakkan pesakit hanya menggunakan satu kaedah rawatan sahaja, dan akan berserah sepenuhnya jika kaedah yang digunakan itu gagal tanpa mengetahui bahawa; masih ada peluang untuk merawat penyakit kanser yang dialami, oleh itu adalah penting pendedahan terhadap beberapa cara rawatan yang telah terbukti yang boleh digunakan oleh pesakit sehingga benar-benar sembuh.

Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) merupakan salah satu daripada herba semulajadi yang digunakan untuk merawat penyakit kanser, ianya telah diiktiraf sebagai salah satu daripada herba antara yang terbaik dari asia tenggara oleh Cheryll Williams, seorang penerbit journal kesihatan yang ditulis dalam bukunya: Medicinal Plants In Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons. Penulisan ini telah mengambil kira kajian yang telah dibuat terhadap herba Keladi tikus oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini



Keladi tikus mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi terutama pada pokok yang matang, herba matang ini dipilih berdasarkan ubinya telah mencapai saiz ibu jari orang dewasa dan daunnya yang berukuran kira-kira 4 inci panjang, namun disebabkan oleh kesukaran mendapatkan herba keladi tikus matang menyebabkan pengeluaran STF menjadi sedikit terhad. Salah satu daripada kaedah untuk memastikan herba Keladi tikus itu benar-benar asli adalah apabila ia diberikan kepada perokok, kesakitan pada kawasan dada akan hilang dalam 3 hari pengambilan. Kapsul tiruan tidak mempunyai kelebihan ini.

"Penggunaan STF kapsul keladi tikus asli, dengan dos 3 biji pagi, 3 biji petang selama 3 hari berturut-turut mampu mengurangi kesakitan pada dada perokok"

Keladi tikus asli Malaysia
Herba yang ditemui secara tidak sengaja oleh Prof K.H Teo dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang ini mempunyai sejarah perjalanan yang tersendiri. Ianya mula mendapat tempat selepas terdapat beberapa orang pesakit telah sembuh dengan menggunakan herba ini, ada yang datang daripada Brunei, Singapura serta Indonesia dalam usaha untuk mendapatkan herba yang diiktiraf antara yang terbaik dari asia ini.

Bagi pesakit kanser, disamping merawat, penggunaan herba Keladi tikus asli matang secara berterusan dapat meningkatkan tenaga dan mengurangi rasa letih yang biasa dialami selepas menjalani rawatan konvensional, penggunaannya juga mampu menstabilkan emosi pesakit dan mengawal tekanan disamping meningkatkan daya pertahanan tubuh. Kehadiran zat seperti Ribosome-Inactivating Protein (kajian) secara semulajadi padanya menjadi antara penyebab utama herba ini digunakan sebagai rawatan pelengkap bagi merawat kanser tanpa kesan sampingan.
Back to content