Tanda Tanda Kanser - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Go to content

Main menu:

Info Kanser


Tanda tanda kanser
Kanser boleh wujud di dalam pelbagai jenis dan bentuk, ianya mampu menyerang sesiapa sahaja pada sebarang peringkat umur, jadi adalah sangat penting bagi seseorang itu mengambil berat tentang sebarang perubahan yang di luar kebiasaan yang terjadi pada tubuh masing-masing seperti: ketulan yang muncul secara tiba-tiba, samada pada permukaan kulit atau di dalam daging, kencing berdarah dan perubahan sewaktu dan selepas membuang air besar yang ketara. Gejala-gelaja ini mungkin juga disebabkan oleh penyakit yang lain, tak semestinya oleh kanser, oleh itu adalah sangat penting untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan simptom yang dialami itu bukanlah disebabkan oleh penyakit kanser.

Bagaimana jika ianya kanser?
Tanda-tanda yang ada itu tidak boleh terus dikatakan kanser, ianya sangat bergantung pada ujian yang dijalan oleh pihak hospital, samada melalui kaedah biopsi mahupun x-tray, dan keputusan itu biasanya boleh diketahui kurang daripada dua minggu selepas ujian persempelan dibuat, namun jika ianya terbukti adalah kanser, maka anda akan dirujuk kepada pakar sebelum sesebuah keputusan diambil bagi merawat penyakit yang dihidapi. Biasanya rawatan menggunakan kimoterapi akan disarankan.

Berikut adalah beberapa contoh tanda-tanda kanser, walaupun tidak semestinya namun harus diberi perhatian:

  • Ketulan pada sekitar buah dada atau di bawah ketiak (terutamanya wanita)
Anda seharusnya segera berjumpa dengan doktor jika terdapat sebarang ketulan pada sekitar buah dada atau anda menemui sebarang ketumbuhan yang membesar dengan cepat pada seluruh bahagian tubuh anda, berjumpa dengan doktor pada peringkat awal dan disertakan dengan rawatan segera mampu mengelakkan kanser yang ada daripada terus merebak kepada organ lain.

  • Batuk yang teruk, sakit dada atau kesukaran bernafas.
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami batuk yang berterusan melebih tiga minggu. Simptom seperti nafas yang pendek atau sakit yang menyucuk pada bahagian dada (terutama pada mereka yang merokok) ianya mungkin merupakan tanda radang paru-paru. Rawatan awal: jika anda merokok, sila berhenti merokok dengan segera.

Dibawah adalah sebahagian daripada pesakit yang gagal sembuh walaupun selepas menerima rawatan, ini menunjukan bahawa kebanyakan kanser mempunyai tahap imun yang tinggi dan tidak dapat ditewaskan dengan hanya satu cara sahaja, rawatan yang mencecah ratusan ribu ringgit juga tidak menjamin dapat merawat penyakit ini.


Ramai yang masih kecundang walaupun semasa dalam rawatan, ini menunjukan kanser mempunyai tahap kekebalan yang tinggi terhadap rawatan biasa dan memerlukan lebih dari satu cara untuk mengatasinya secara keseluruhan. Semakin lambat tindakan yang diambil, semakin tinggi risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit, dan apabila kanser telah merebak ke seluruh badan, sudah tidak banyak yang dapat dilakukan. Penggunaan rawatan pelengkap seperti keladi tikus amat membantu pesakit, selain mampu merawat terus dari akar sel, kajian menunjukan penggunaannya juga dapat menghalang serangan baru dan juga ulangan, tesis serta kajian lengkap klik di sini





Kanser tidak mengenal sesiapa, walaupun dengan rawatan yang mencecah ratusan ribu ringgit, ia masih mampu merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian. Penggunaan herba keladi tikus asli mampu meningkatkan peluang pesakit untuk melawan kanser terus dari akar sel.


Keladi tikus rawat barah, Berita Minggu, arkib negara, 17 / 8 / 1998 Kredit Universiti Sains Malaysia


Terbukti dengan sains - Herba keladi tikus merupakan kaedah yang berkesan bagi merawat kanser secara semulajadi, ia biasanya digunakan sebaik sahaja kanser dapat dikesan. Penggunaan herba ini bukan sahaja untuk merawat malah ia turut digunakan untuk tujuan pencegahan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keturunan atau ahli keluarga yang mengidap penyakit ini. Kajian penuh di sini (klik)

Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan semak yang memiliki keupayaan merawat kanser terus dari akar sel, kajian demi kajian telah dilakukan - baik di dalam negara mahupun di luar negara bagi mengenal pasti komponen anti kanser yang wujud pada tumbuhan liar ini, salah satu daripada kajian tersebut adalah kolaborasi diantara Universiti Putra Malaysia bersama MAKNA, kajian ini telah dianugerahkan geran dan hasil daripada penyelidikan ini telah pun diterbitkan dalam bentuk journal.


_________________________________________________________________________________________________________________________

Sambungan tanda-tanda kanser di atas:

  • Perubahan pada tabiat membuang air besar - adalah perlu untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom yang disenaraikan ini lebih dari empat minggu:
  1. Sangat kerap atau susah membuang air secara tiba-tiba.
  2. Terdapat darah di dalam najis.
  3. Cirit-birit atau sembelit yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas.
  4. Anda merasakan usus tidak dikosongkan sepenuhnya walaupun selepas ke tandas -  perasaan tidak puas.
  5. Merasakan kesakitan pada perut atau pada dubur, terutamanya selepas ke tandas.
  6. Mengalami kembung perut yang berterusan (melebihi 3 minggu)

  • Pendarahan secara tiba-tiba - anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan secara tiba-tiba, seperti:
  1. Pendarahan dalam air kencing.
  2. Pendarahan tiba-tiba yang keluar daripada vagina (bukan semasa haid)
  3. Pendarahan pada sekitar saluran najis.
  4. Pendarahan semasa batuk atau muntah.

  • Tahi lalat - anda perlu merujuk kepada doktor jika anda mempunyai tahi lalat yang:
  1. Tidak mempunyai bentuk yang teratur atau tidak simetri.
  2. Mempunyai sempadan yang tidak teratur serta bergerigi.
  3. Mempunyai lebih dari satu warna pada satu tahi lalat.
  4. Ukurannya lebih besar dari 7mm diameter.
  5. Gatal, berkerak dan berdarah.

* Tanda-tanda di atas merupakan kebarangkalian tanda-tanda kanser melanoma, sejenis kanser kulit.


Contoh kanser melanoma yang menyerang permukaan kulit. Bentuknya seakan-akan tahi lalat biasa.

  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba.
Jika anda merasakan berat badan anda merosot secara tiba-tiba, bukan disebabkan diet atau senaman yang dilakukan, segeralah rujuk kepada doktor, ianya mungkin salah satu daripada petanda bahawa terdapatnya sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius.

  • Perubahan pada suara
Adalah sesuatu yang normal jika suara berubah kepada lebih kasar atau serak, terutamanya sewaktu demam atau batuk, namun jika suara yang kasar itu tidak kembali normal selepas sebulan (atau lebih) segeralah berjumpa dengan doktor, ianya mungkin terdapat sesuatu pada sekitar peti suara anda.

  • Sukar menelan makanan
Jika anda merasakan kesukaran menelan makanan, walaupun ianya lembut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana mungkin terdapat sesuatu yang mengganggu kerongkong dan perlu diberi perhatian.

  • Bengkak (seperti bisul)
Ianya perlu diberi perhatian yang penting, ini kerana biasanya kanser (jenis kanser daging) ini akan memakan daging pada bahagian dalam secara perlahan, dan pada kebiasaannya telah mencapat tahap 3 dan keatas selepas berjaya dikesan, oleh itu adalah sangat penting bagi mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang bengkak yang luar biasa yang hadir pada seluruh bahagian tubuh.

Statistik menunjukkan kadar kematian akibat kanser masih lagi berada pada tahap yang tinggi (contoh seperti di atas), setiap hari terdapat berita mengenai kematian pesakit kanser dan rata-ratanya hanya tertumpu kepada satu kaedah rawatan sahaja, disebabkan itu penggunaan rawatan pelengkap seperti keladi tikus yang tinggi khasiat merawat adalah perlu jika pesakit betul-betul inginkan rawatan terus dari dalam sel, selain dapat meningkatkan peluang untuk sembuh, penggunaan herba keladi tikus juga dapat menghalang sel kanser daripada terus merebak ke organ sihat yang lain.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap tersebut, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________

Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian keladi tikus yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:

  • Tiada nombor KKM
  • Tiada pelekat KKM
  • Tiada buku panduan
  • Tanpa kotak
  • Tiada alamat pengeluar
  • Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.

Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah.


__________________________________________________________________________________________________________________________________________

Video: Penerangan STF kapsul Keladi tikus asli Malaysia serta video tutorial cara pembelian melalui ecommerce rasmi.
STF Kapsul Keladi Tikus Premium Asli (tanpa campuran) serta TF Keladi Tikus Plus (campuran biji Aprikot) Malaysia, dapatkannya melalui baner di bawah (klik)


 
Berkat Herba Nusantara (Malaysia) @ infokanser.com | Keseluruhan kandungan adalah terpelihara. Setiap maklumat disertakan dengan rujukan, sila klik pada pautan yang telah disediakan. Sila gunakan Google Chrome atau Safari untuk paparan yang lebih memuaskan.
Back to content | Back to main menu