Pengurusan Kanser - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Pengurusan Kanser
Mereka yang menjalani rawatan kanser tidak dapat lari daripada menghadapi beberapa kesan sampingan, terutamanya selepas menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi. Selain daripada masalah saraf, keguguran rambut, kemandulan, pendarahan dan gangguan memori, keletihan juga merupakan salah satu kesan sampingan selepas rawatan yang dapat dirasai oleh kebanyakkan pesakit kanser, oleh itu pesakit biasanya menghabiskan masa dengan berehat, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pesakit kanser bagi membantu mengatasi masalah keletihan yang disebabkan oleh kesan sampingan rawatan kanser:

  • Rehat, namun jangan berlebihan.
Tubuh sememangnya memerlukan rehat bagi mengumpul tenaga, namun apabila anda berehat sepanjang hari, ianya juga tidak baik untuk tubuh dan akan menyebabkannya menjadi lebih lemah, terlalu banyak berehat di siang hari juga boleh mengurangkan tahap tenaga dan menjadikan anda lebih susah untuk tidur di waktu malam. Ambil sedikit waktu untuk berehat, contohnya tidur yang pendek 30 minit selepas waktu zohor boleh mengembalikan tenaga yang hilang. Masalah tidur merupakan masalah yang biasa dihadapi semasa rawatan kanser, ianya terjadi disebabkan oleh kesan daripada ubat yang digunakan bagi mengatasi kesakitan, mual dan kemurungan yang menyebabkan seseorang itu merasa letih dan mengantuk.

Tempoh tidur yang ideal adalah 7 hingga ke 8 jam setiap hari, ini bermakna jika anda tidur pada pukul 10 malam, pukul 5 pagi adalah masa yang sesuai untuk bangun dan bersiap, pukul 6 pagi sudah dikira lewat namun masih boleh diterima. Elakkan makanan atau minuman yang mengandungi kafien seperti kopi, teh, minuman tenaga atau minuman soda, coklat serta ubat-ubatan (seperti ubat sakit kepala) sekurang-kurangnya 8 jam sebelum tidur dapat membantu untuk tidur yang lebih sempurna.

  • Kekal aktif
Cubalah untuk kekal aktif semampu yang boleh, anda tidak perlu melakukan senaman seperti atlit yang mewakili negara dalam sukan sea, cukuplah sekadar berjalan atau joging secara sederhana - namun berterusan - merupakan cara yang terbaik untuk kekal aktif, terumanya bagi meningkatkan tahap tenaga, selain dapat membantu mengurangi kelesuan, ianya juga dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih baik. namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mempunyai salah satu daripada masalah berikut:

  • Kanser yang telah merebak ke tulang (metastasis tulang).
  • Tahap kiraan sel darah putih yang rendah.
  • Kiraan platelet yang rendah.
  • Demam atau jangkitan aktif
  • Anemia (jumlah sel darah merah yang rendah)
  • Selalu pitam, ketidakseimbangan tubuh, atau masalah lain yang mungkin menyebabkan senaman fizikal tidak sesuai untuk anda.

Faktor diatas boleh menyebabkan kecederaan, sakit, pendarahan atau masalah yang lain timbul jika senaman fizikal diteruskan. Bimbingan profesional adalah perlu terutama bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda seperti yang tersenarai diatas.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini



  • Simpan tenaga
Jika anda seorang yang aktif, tidak boleh duduk diam dan selalu mempunyai kerja yang ingin dilakukan, anda perlulah bijak didalam menguruskan tenaga, jangan menekan diri anda seperti berdiri terlalu lama semasa melakukan sesuatu, atau melakukan aktiviti di dalam persekitaran panas yang melampau, keadaan ini boleh menyebabkan tenaga dibuang pada keadaan yang tidak sepatutnya. Duduk apabila anda boleh - semasa mandi atau memasak, hal ini membolehkan tubuh menggunakan tenaga dengan seminima mungkin.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

  • Dapatkan pertolongan
Mintalah pertolongan ahli keluarga atau mereka yang berada berhampiran anda untuk membantu melakukan perkara yang sukar dilakukan berseorangan, jangan paksa diri melakukannya sesuatu perkara melebihi kemampuan, ini bagi mengelakkan hal yang tidak sepatutnya terjadi seperti kecelakaan semasa mengangkat barang yang berat, selain dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, mendapatkan pertolongan juga boleh menjadikan pekerjaan itu siap dengan lancar.

  • Penggunaan herba
Jika tubuh masih lagi lemah, terutama selepas 2 minggu daripada tarikh rawatan terakhir, anda mungkin perlu menggunakan rawatan herba pelengkap bagi mendapatkan kembali tenaga yang hilang disebabkan oleh kesan daripada ubatan konvensional. Selain merawat, pengambilan herba keladi tikus amat membantu mengembalikan tenaga yang hilang, perubahan ini dapat dirasakan terutamanya selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi, tubuh terasa ringan dan kesakitan yang ada semakin berkurangan. Ketahui tentang herba keladi tikus disini.

  • Jaga pemakanan
Cubalah berusaha untuk minum banyak air kosong dan jus buah-buahan asli (jauhi jus di dalam kotak), pengambilan buah-buahan atau sayur sayuran dengan sukatan sebanyak dua cawan setengah setiap hari, disertakan dengan protein dan kalori yang bersesuaian mampu memberikan tubuh nilai tambah bagi menguruskan kanser yang ada. Jangan makan makanan yang diawet seperti makanan di dalam tin, makanan yang tinggi kandungan gula atau garam, hasil laut yang dikeringkan seperti ikan kering, ikan bilis, udang (belacan) atau sotong, jauhi makanan yang tinggi kandungan purin, amalkan makanan yang seimbang seperti beras perang atau ayam kampung organik. Makanan yang kurang kandungan bahan pewarna dan pengawet adalah disarankan. Jika memakan makanan yang dibakar seperti satay, elakkan daripada memakan tempat yang hangus kerana di kawasan itu tinggi karbon dioksida yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser.

  • Kawal tekanan
Mempunyai penyakit kanser secara tidak langsung memberikan tekanan yang hebat kepada sesiapa yang mengidapnya, menjalani rawatan kanser pula boleh menambahkan lagi tekanan yang sedia ada, apabila tekanan ini semakin banyak, tubuh akan menjadi lemah dan biasanya mudah mengalami perasaan cemas atau gemuruh.

Pada keadaan ini, anda perlu berkongsi perasaan anda dengan orang lain, jangan pendam berseorangan, berkongsi perasaan anda dapat membantu meringankan beban keletihan yang dialami, anda juga boleh membebaskan tekanan yang ada dengan menulis atau menjalani aktiviti lasak yang lain.

Back to content