kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Keladi Tikus Ubat Kanser
(Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, 鼠药)
Makluman: Setiap data di dalam laman web ini merupakan fakta yang disertakan dengan rujukan.

Ubat kanser
Keladi Tikus atau nama saintifiknya; Typhonium flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang kurang dikenali di Malaysia namun ianya mempunyai komponen aktif bagi merawat kanser serta beberapa jenis penyakit lain seperti luka, lebam, batuk, radang paru-paru serta pendarahan dalaman. Terdapat beberapa penulisan yang membahaskan tentang keupayaan yang ada pada keladi tikus, baik dari sudut negatif mahupun positif. Sinonim dengan penyakit kanser, tumbuhan ini yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber dalam bahasa Inggeris, atau Laoshu yu dalam bahasa Cina ini telah mula menarik perhatian pengamal perubatan alternatif dan mereka yang mencari kaedah rawatan berasaskan herba untuk meminimakan kesan sampingan hasil daripada rawatan yang lain. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, keladi tikus mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi ianya juga mampu mencegah sel kanser daripada terus merebak. (rujukan).

Sebelum wujudnya teknologi perkongsian melalui laman sesawang seperti hari ini, berita mengenai kemampuan herba keladi tikus ini sudah pun diterbitkan oleh beberapa akhbar tempatan, sebelum itu, herba ini cukup terkenal di Filipina dan juga India, malah terdapat kajian yang dijalankan di Australia berkaitan dengan herba keladi tikus ini, dan antara tesis hasil kajian terawal herba keladi tikus ini telah pun digunakan sebagai rujukan utama di beberapa pusat pengajian tinggi awam negara, seperti di UPM dan USM, hal ini menunjukkan bahawa herba keladi tikus bukanlah sekadar tumbuhan semak biasa namun ianya juga dapat dijadikan sebagai salah satu kaedah merawat kanser yang berpotensi menyelamatkan nyawa.
Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber, Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu ini akan berbunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi Tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia. Herba Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan asli yang jarang dijumpai pada kawasan yang bertanah kering dan tidak akan membesar kecuali pada tanah yang lembab dan bewarna gelap yang tinggi kandungan baja semulajadi.



Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan yang mengeluarkan sejenis bau yang dapat memerangkap serangga kecil, di samping itu ianya juga memiliki pertahan semulajadi yang dikenali dengan Ribosome Inactivating Protein atau RIP, sejenis mekanisma pertahanan semulajadi yang turut digunakan sebagai rawatan pada beberapa jenis kanser. Herba ini biasanya dapat ditemui di sekitar asia tenggara, utara India serta beberapa kawasan lembab di Australia.

Kajian Makmal.
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi Tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: " Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23.." dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi Tikus telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang (rujukan). Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herba Keladi tikus dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan keladi yang beracun, ini kerana pokok herba keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi yang telah berjaya direkodkan dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan, rujuk Typhonium (No.20 - rujukan).

Keladi tikus, tidak seperti tumbuhan liar yang lain, adalah sebuah nama yang sangat terpencil dan kurang dikenali ramai, namun ianya amat dikenali oleh pengamal perubatan herba dan mereka yang terlibat di dalam kajian anti kanser berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai salah satu herba yang membolehkan pesakit kanser menarik nafas lega. Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti awam tempatan telah membuktikan perencatan pertumbuhan sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus, dimana umum mengetahui bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang bukan mudah untuk dirawat, penemuan secara tidak langsung ini telah membuka satu lagi jalan sebagai akses rawatan kepada permasalahan kanser. Kehadiran beberapa komponen aktif pada keseluruhan pokok keladi tikus ini, terutamanya Ribosome-inactivating proteins yang juga dikenali secara ringkasnya sebagai RIP telah menjadi faktor utama bagi kematian sel kanser secara semulajadi. (rujukan).


Keladi tikus pada akhbar berbahasa cina tempatan, Sin Chew Daily (Malaysia).

Beberapa artikel telah diterbitkan untuk menunjukkan fungsi penggunaan herba keladi tikus bagi merawat pelbagai jenis kanser, ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribosome inactivating proteins - yang merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi keladi tikus yang turut berfungsi sebagai pemusnah utama sel kanser - terutamanya tumor, dan proses ini akan mewujudkan sejenis tindakbalas toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxin, sejenis pecahan protin toksin yang mampu menurunkan kadar keaktifan sesebuah sel kanser, membantut perkembangan, merencatkan pertumbuhan dari dalam sehingga sel tersebut mati, Immunotoxins mampu menembusi tumor secara cepat walaupun kemasukkan kedalam tumor yang berbentuk pepejal (entry into tumor cell) oleh benda asing adalah terhad, kajian serta siri kejayaan penyembuhan ini telah dibuat dan direkodkan oleh National Cancer Institute (rujukan -  rujuk pada bahagian Summary and Conclusions, m/s 11).

Penawar kanser
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah kanser. Terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaannya, terutamanya pada rantau asia tenggara telah terbukti amat berkesan bagi mengubati beberapa jenis penyakit kronik. Mengikut data yang dibuat di UPM Serdang, herba Keladi tikus yang telah matang (2-6 bulan: rujuk tesis UPM Serdang) mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat kanser, rentetan daripada itu ada yang datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia bagi mendapatkan herba yang jarang didapati ini untuk mengubati kanser yang dihadapi.


Di Malaysia, selain digunakan bagi merawat kanser, Keladi tikus juga boleh digunakan bagi merawat penyakit lain seperti buasir, ulser, merawat luka dalaman, radang paru-paru dan juga batuk (Universiti Malaya, 11 Ogos, 2011 - rujukan). Tergolong dalam kategori yang hampir pupus, herba keladi tikus juga mampu meredakan kesakitan yang menyucuk pada dada (akibat merokok) seawal 4 - 6 jam, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza kerana masa yang diperlukan untuk mendapatkan kesannya adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang memerlukan masa sehingga 2 tahun, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit, namun kesannya amat memberangsangkan dan boleh dilihat selepas 10 bulan penggunaan, walaubagaimana pun, jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih baru terbentuk iaitu pada tahap 1 atau 2.


Sebuah journal yang telah dikeluarkan oleh J. Pharm (India) berkaitan dengan herba keladi tikus
dan aktiviti sitotosiknya dalam menghalang ketumbuhan sel kanser dan bukan kanser (rujukan).

Kajian berskala besar.
Tidak hanya sekadar menjadi paparan pada beberapa dada akhbar, Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) juga telah melalui kajian terkawal (controlled studies) berskala besar oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara sebagai salah satu daripada cabang rawatan kanser, ianya juga telah diakui oleh seorang penulis journal perubatan berasaskan tumbuhan dari Australia, Cheryll Williams di dalam bukunya: Medicinal Plants In Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons yang menyatakan bahawa; Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) mempunyai sifat anti kanser, mampu merawat asma serta batuk (rujukan). Pihak universiti dan pengajian awam di Malaysia serta Indonesia juga telah melakukan analisa terhadap herba keladi tikus ini, hasilnya telah membuktikan Keladi tikus sememangnya mempunyai bahan aktif yang dapat merawat dan mencegah kanser dari terus merebak. Berikut adalah antara kajian yang telah dibuat dan telah diterbitkan melalui bentuk journal berubatan, tesis Ijazah Sarjana (Master) serta Doktor Falsafah (PhD):

Journal perubatan:

  • Chemical constituents and in vitro anticancer activity of Typhonium flagelliforme (Araceae), Centre for Drug Research, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia. (rujukan)

  • Typhonium flagelliforme decreases protein expression in murine breast cancer, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, Sultan Agung Islamic University, Semarang, Indonesia (rujukan).

  • Antibacterial and Antioxidant Activities of Typhonium Flagelliforme (Lodd.) Blume Tuber, UPM-Makna Cancer Research, Institute of Bioscience, University Putra Malaysia (rujukan).

  • Anti-ulcerogenic activity of Typhonium flagelliforme, Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya, Kuala Lumpur (rujukan).

  • Cytotoxicity assay of Typhonium flagelliforme Lodd against breast and cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Jakarta, Indonesia. (rujukan).

  • Typhonium flagelliforme decreases telomerase expression in HeLa cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Jakarta, Indonesia. (rujukan).

  • The inhibition of Typhonium flagelliforme Lodd. Blume leaf extract on COX-2 expression of WiDr colon cancer cells, Department of Drug Design and Discovery, Faculty of Pharmacy, Sanata Dharma University, Yogyakarta. (terbital ELSEVIER - rujukan).

Tesis akademik:

  • Master: The cytotoxic effect of typhonium flagelliforme and clinacanthus nutans on breast cancer cell line - UTM, 2016 (rujukan)

  • PhD: Anti-Leukemic Effects of Typhonium Flagelliforme on Human Lymphoblastoid Cells (CEMss) and Murine Leukemic (WEHI-3) Model - UPM, 2010 (Tesis lengkap - rujukan)


Data Analisa.
Diakui mempunyai kandungan anti kanser seperti Cytotoxic dan juga Ribosome-Inactivating Proteins yang tinggi pada keseluruhan bahagian pokok, penggunaan herba keladi tikus bermula dari bahagian daun sehingga ke bahagian akarnya adalah merupakan kaedah yang paling disarankan, ini berdasarkan hasil kajian in vitro yang telah dibuat secara teliti oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Universiti Putra Malaysia, Serdang mendapati bahawa, wujudnya kesan morphologi kematian sel kanser (Apoptosis) yang sangat jelas, perubahan yang lain seperti perencatan bentuk sitoplasma, pengecutan perkembangan sel sehingga terjadinya pecahan DNA pada sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus juga telah direkodkan.


Hasil keputusan yang dijalan oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
berkaitan dengan Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) melawan kanser - Penyelidikan bergeran No. RUGS91143 (rujukan)
Herba yang diancam kepupusan
Sains hari ini telah banyak membantu manusia dalam mengenalpasti komponen aktif yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan, bermula dari pemerhatian sehingga kepada hasil kajian, penemuan ini telah mengubah presepsi ramai bahawa betapa pentingnya kajian yang dilakukan untuk mendapatkan bukti yang lebih konkrit, walaupun masih ada segelintir yang menentang perubatan berasaskan tumbuh-tumbuhan, namun, hasil penemuan yang dijalankan oleh beberapa institusi terkemuka tanah air telah membuktikan bahawa, tumbuhan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia seiring dengan kaedah perubatan moden yang digunapakai pada hari ini.

Penemuan anti kanser yang tinggi pada Keladi tikus yang mampu menurunkan kadar keaktifan kanser sehingga 90% telah mula menarik minat penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam di Malaysia pada awal tahun 90an, selepas terdapat pesakit kanser yang telah sembuh selepas menggunakannya. Terdapat juga orang awam yang mengetahui tentang khasiat yang terdapat pada tumbuhan ini namun, oleh kerana tidak ada maklumat bertulis yang terperinci disamping terdapat usaha menyekat hasil kajian pada tumbuhan ini telah menyebabkan berita tentangnya tidak begitu diperkatakan, ditambah pula dengan kepupusan yang dialami menjadikan ianya terhad kepada pesakit kanser yang telah sembuh sahaja. Bagi mereka yang kurang arif tentang herba ini, harapan hanyalah bergantung kepada kaedah rawatan biasa tanpa sebarang rawatan pelengkap seperti Keladi tikus yang mampu meningkatkan kadar peratusan penyembuhan.


  • Rajah 1.2 merupakan lukisan herba Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) oleh G. Loddiges (1786-1846) Sampel pokok untuk ilustrasi ini diambil daripada Dr. Carey, Serampore, Utara Bengal, India pada tahun 1819. Kajian oleh Berkat Herba Nusantara, Kota Bharu, Kelantan.


Penggunaan herba Keladi tikus di Malaysia, bermula dari tahun 2008 sehingga kini menunjukkan kadar penggunaan yang semakin meluas, dan disebabkan oleh keberkesanannya didalam merawat penyakit kanser, ada di antara mereka yang sudah bertahun menderita kanser menunjukkan perubahan yang sangat ketara selepas menggunakan herba ini, namun begitu, penggunaan keladi tikus masih lagi terhad kerana, herba dari keluarga Araceae ini agak sukar untuk ditemui, hal ini diakui sendiri oleh Prof Dr. Christoper Teo Khen, Pensyarah Fakulti Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang memerlukan keladi tikus dalam kuantiti yang banyak bagi membantu pesakit kanser. Selain daripada mempunyai kemampuan dalam penyembuhan kanser, ianya juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit sekaligus menjadikan ianya antara pilihan utama bagi mereka yang inginkan akses rawatan tanpa kesan sampingan.

Anti radang
Hasil penelitian menunjukkan penggunaan herba Keladi tikus sangat berkesan mengurangi kesakitan akibat keradangan yang terjadi pada otot daging (flesh), keradangan kecil seperti di sekitar bibir atau hidung akan kembali surut selepas 24 jam pengambilan (3 kapsul - sebelum makan), kelebihan ini merupakan salah satu daripada mekanisma yang memperlahankan proses pembesaran kanser sebelum merawatnya dari dalam. Herba ini sesuai bagi kanser jenis malignant (berjangkit).

Herba Keladi tikus yang berusia 2 bulan dan keatas dikesan mempunyai kandungan antikanser yang tinggi dan pekat berbanding dengan pokok yang berusia kurang daripada 2 bulan. (rujukan) - rujuk muka surat 2 pada bahagian Result and Discussion.

Statistik kanser di Malaysia
Mengikut data yang dikeluarkan oleh GlobalCan yang berpangkalan di Perancis, pada tahun 2012, sebanyak 37,400 rakyat Malaysia telah didiagnos dengan pelbagai jenis kanser, dan 21,700 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang merbahaya ini. Statistik ini merupakan peningkatan daripada 32,000 kes pada tahun 2008 dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 56,932 kes baru pada tahun 2025 jika tiada tindakan diambil. Jumlah kematian pula dilihat hampir mencapai 56% daripada jumlah keseluruhan kes. Disebabkan oleh itu, pendedahan terhadap bahayanya kanser perlu diberi penekanan yang serius, pencegahan, diagnosis pada peringkat awal serta penggunaan herba yang mampu merawat kanser adalah perlu dijadikan rawatan pelengkap bagi rawatan yang sedia ada, walaupun ada yang menyatakan kaedah biasa sahaja sudah mencukupi, namun statistik kematian menunjukkan sebaliknya.


Gambarajah statistik kes kanser di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 2012, jumlah kematian akibat kanser di Malaysia sahaja adalah purata 59 orang sehari, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat walaupun kebanyakkan pesakit telah dirawat menggunakan kaedah moden dan terkini, dan disebabkan oleh kegagalan ini maka tidak hairanlah jika ada yang menyarankan penggunaan keladi tikus untuk digunakan bersama dengan rawatan moden yang sedia ada. Pada tahun 2015 pula, kanser menyumbang kepada 13.56 peratus jumlah kematian dan berada di tangga ke tiga carta kematian di hospital kerajaan, manakala ianya berada di tangga kedua di hospital swasta dengan jumlah kematian sebanyak 25.58 peratus. Menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) jumlah keseluruhan kes yang direkodkan bermula dari tahun 2007 hingga 2011 adalah 103,507 kes, dan dari jumlah tersebut 46,794 kes adalah lelaki dan selebihnya (56,713 kes) adalah wanita. Secara purata, terdapat 14.1 million kes direkodkan pada tahun 2012, dan ianya meningkat sebanyak 11% setiap 4 tahun. Kanser merupakan antara penyebab utama kematian dan terdapat kira-kira 8.2 million kematian yang dicatatkan pada tahun 2012 di seluruh dunia.
 
Keladi tikus: kebaikan yang tersembunyi.
Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada negara beriklim sederhana dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Keladi tikus bukanlah sejenis tumbuhan yang dikenali seperti tumbuhan yang lain, namun ianya sudah tergolong pada tumbuhan yang hampir pupus kerana tiada tindakan pemuliharaan diambil bagi mengekalkan spesis yang terancam ini. Kepupusan ini berlaku disebabkan tidak ramai yang mengetahui bahawa ianya merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan khasiat yang begitu besar, terutama bagi rawatan kanser, dan hal ini  telah dikaji oleh universiti di Malaysia, China dan Indonesia, malah ada journal perubatan dari Australia serta India yang menerbitkan hasil kajian mereka terhadap herba yang jarang dijumpai ini.


Keladii tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, arkib negara
17/8/1998. Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
 
Kajian yang dilakukan pada herba Keladi tikus merupakan kajian bergeran (No. RUGS91143) yang menunjukkan bahawa herba ini sangat penting sehingga ianya diberi kemudahan dari sudut kewangan dan fasiliti bagi mengetahui secara lebih mendalam kandungan aktif yang terdapat padanya. Hasil kajian tersebut menunjukkan ekstrak dari herba keladi tikus berupaya merungkai, mengecutkan, serta menghalang sel kanser dari terus membesar sehingga membawa kepada kemusnahan sel tersebut dari dalam. Penemuan ini penting bagi memberi nilai tambah atau sebagai rawatan pelengkap jika kaedah yang sedia ada menemui kegagalan. Kajian terhadap keladi tikus ini telah dibuat di beberapa negara, antaranya adalah Australia, India, Malaysia serta Indonesia.

Keberkesanan
Kesan penyembuhan yang terdapat pada herba Keladi tikus sememangnya sangat mengagumkan, kandungan anti kanser yang tinggi padanya mampu membantut pertumbuhan sel kanser yang sedang dalam proses berkembang, menjadikan ianya salah satu daripada benteng pertahanan bilamana rawatan konvensional menunjukkan ketidakcekapan rawatan, selain daripada itu, Keladi tikus juga dapat mengurangkan kesan sampingan akibat kimoterapi seperti keguguran rambut, gigi serta kening, selain itu ia dapat mengembalikan tenaga pesakit yang hilang disebabkan oleh kesan sampingan rawatan moden sehingga 80% sekaligus dapat mengurangkan rasa mual dan keletihan yang dialami oleh pesakit semasa tempoh rawatan, hal ini sangat membantu pesakit mencapai titik positif sehinggalah mereka benar-benar sembuh daripada penyakit kanser yang dihadapi, namun begitu herba dari jenis keluarga Araceae ini sudah tidak banyak tumbuh dan agak sukar untuk ditemui.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.
Back to content