Kanser Pundi Kencing - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser pundi kencing adalah di mana pertumbuhan tisu yang tidak normal, yang dikenali sebagai tumor, terbentuk dalam lapisan pundi kencing. Dalam beberapa kes, tumor ini merebak ke dalam otot-otot di sekitarnya. Gejala yang paling biasa kanser pundi kencing ini adalah wujudnya darah di dalam air kencing yang biasanya tidak menyakitkan. Mereka yang mempunyai darah di dalam air kencing walaupun sekejap dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor supaya jika ianya adalah kanser maka langkah pencegahan atau rawatan awal dapat dibuat.

Terdapat dua jenis kanser pundi kencing, antaranya adalah:

  • Kanser pundi kencing bukan otot invasif
Doktor akan mengklasifikasikan jenis-jenis kanser pundi kencing yang dihidapi oleh seseorang itu melalui ujian saringan yang telah dibuat dan sejauh mana ianya telah merebak. Pada kebiasaannya jika sel kanser masih berada pada lapisan pundi kencing, doktor akan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kanser pundi kencing bukan otot invasif, kanser jenis ini merupakan kanser yang biasa menyerang pundi kencing iaitu 7 daripada 10 kes, dan kanser jenis ini bukanlah penyebab kematian kepada mereka yang menghidapinya.

  • Kanser pundi kencing otot invasif
Apabila sel-sel kanser yang ada pada pundi kencing telah merebak di luar kawasan lapisan dan menyerang otot-otot pada sekitar pundi kencing dimana mengakibatkan percambahan sel kanser pada luar kawasan pundi kencing dikenali dengan panggilan Kanser pundi kencing otot invasif, dan biasanya boleh membawa maut.


Contoh kanser pundi kencing otot invasif yang terpaksa dikeluarkan disebabkan kanser yang telah merebak

Penyebab kanser pundi kencing
Antara penyebab utama kanser pundi kencing adalah pendedahan kepada bahan-bahan yang merbahaya yang merbawa kepada perubahan yang tidak normal pada sel-sel pundi kencing selama bertahun.tahun. Alkohol dan asap tembakau dilihat menjadi salah satu dari punca utama dan dianggarkan separuh daripada semua kes kanser pundi kencing adalah disebabkan oleh merokok. Bahan kimia yang digunakan dalam sektor pembuatan juga menjadi sebab kanser pundi kencing, oleh itu penggunaan bahan kimia yang merbahaya telah pun dilarang di kebanyakkan kilang-kilang pembuatan.

Rawatan
Pada kes kanser pundi kencing bukan otot invasif, sel kanser biasanya akan dibuat melalui teknik pembedahan yang dikenali dengan Transurethral Resection of a Bladder Tumor (TURBT) dan biasanya pembedahan ini akan disusuli dengan kemoterapi yang disuntik terus ke dalam pundi kencing. Dalam kes yang mempunyai risiko yang lebih tinggi, ubat-ubatan yang dikenali sebagai Bacillus Calmette-Guerin (BCG) akan disuntik juga ke dalam pundi kencing bagi mengurangkan risiko serangan kanser yang mungkin akan berulang.


Antara yang telah menggunakan keladi tikus Malaysia

Rawatan untuk kanser pundi kencing berisiko tinggi bukan otot invasif atau pada kanser pundi kencing otot invasif pula akan melibatkan pembedahan pembuangan pundi kencing dalam satu operasi yang dikenali dengan Cystectomy. Apabila pundi kencing dikeluarkan, pesakit biasanya perlu memakai beg yang akan menampung air kencing di luar tubuh, dan doktor akan menebuk lubang pada andomen bagi menyambungkan saluran kencing tersebut namun, sebelum proses ini dilakukan, pesakit biasanya akan dirawat terlebih dahulu menggunakan kaedah radioterapi atau kemoterapi atau kedua-duanya sekali, jika proses itu tidak berjaya barulah pembedahan akan dilakukan. Kemoterapi juga mungkin akan digunakan selepas pembedahan jika terdapat tanda tanda kanser yang ada akan kembali menyerang.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content