Kanser Testis - kanser, tahap serta kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

|
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia mempunyai buku panduan di dalam setiap kotak, dapatkan keluaran terbaru melalui menu pembelian atau Whatsapp kami di HQ: 010-902 7915
Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser Testis
Testis merupakan dua kelenjar yang berbentuk telur yang terletak pada bahagian bawah batang zakar. Kulit longgar yang mengelilinginya pula dipanggil skrotum. Testis mengandungi banyak sel khusus, ini termasuklah sel kuman, sel yang menghasilkan sprema dan juga sel yang membuat testosteron. Pada tahun 2021, dianggarkan terdapat 9470 kes kanser testis baru dikesan di sana, yang turut membabitkan kira-kira 440 kematian, dan risiko ini akan meningkat sehingga 20 kali ganda lebih tinggi bagi pesakit dengan crypto-chidism namun risikoi ini dapat dikurangkan jika rawatan orchiopexy dilakukan sebelum umur 10 tahun. Kanser testis ini juga boleh berkembang dalam testis normal dan punca sebenarnya masih belum diketahui.

Kebanyakan daripada kes kanser testis ini bermula daripada sel kuman premordial. Tumor sel kuman ini dipecahkan kepada dua kategori, 40 diklasifikasi sebagai seminoma manakala 60% lagi termasuk di dalam kategori non-seminomous. Pesakit kanser testis mempunyai risiko serangan berulang dengan metastasis (merebak ke organ lain), risiko metastasis adalah tinggi disebabkan ianya mempunyai kandungan non-seminomous yang tinggi.

Tanda-tanda kanser testis
Kebanyakan daripada pesakit kanser testis akan merasakan kesakitan pada bahagian testis, malah dalam kes yang serius, terdapat pendarahan yang terjadi di dalam tumor dan akan tinbul bengkak yang lembut pada bahagian testis. Tanda-tanda lain berkaitan dengan kanser yang telah metastasis seperti sakit perut, sakit pinggang, keliru atau sakit kepada, sesak nafas dan sakit dada amat jarang terjadi kepada pesakit kanser testis.


Rajah menunjukkan kanser yang terjadi pada bahagian testis

Rawatan
Terdapat beberapa jenis rawatan yang biasanya akan digunakan bagi merawat kanser testis, dan yang paling biasa digunakan adalah pembedahan disusuli dengan kimo dan radioterapi. Pembedahan jenis nodus limfa (saraf) pula akan digunakan bagi kanser testis jenis non-seminoma. Selain itu pesakit akan diawasi bagi melihat perkembangan kanser selepas pembedahan, ianya amat penting didalam merangka rawatan seterusnya jika rawatan yang diberikan gagal menunjukkan perkembangan yang positif. Proses kosmetik pula akan dipertimbangkan jika perlu dan keputusan ini biasanya diambil semasa proses orkiektomi.

Pembedahan nodus limfa
Bagi kanser testis jenis non-seminoma tahap 1, pesakit akan dibedah menggunakan teknik nodus limfa dimana kebanyakan daripada pakar mengesyorkan kaedah ini, ianya akan dilakukan secara laparskopi (ditebuk dan dimasukkan kamera) pada beberapa bahagian. Kesan buruk yang biasa terjadi kesan daripada pembedahan ini adalah kegagalan untuk injekulasi, walaubagaimanapun terdapat pembedahan susulan, yang dapat mengembalikan kemampuan injekulasi.

Kimoterapi
Jika saiz kanser testis itu lebih daripada 5 cm, ianya memerlukan kimoterapi gabungan berasaskan platinum dan diikuti dengan pembedahan bagi mengeluarkan sisa jisim. Rawatan jenis ni biasanya dapat mengawal tumor dalam jangka masa panjang. Kesuburan sering terjejas, oleh itu pra-rawatan perbankan sperma sering dicadangkan dan harus dipertimbangkan, walaupun begitu tiada risiko kepada janin jika kehamilan masih berlaku.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis serta jurnal perubatan lengkap sila klik di sini.


Penggunaan herba pelengkap dapat mengawal sel kanser daripad terus merebak ke kawan yang lain, selain digunakan sebagi langkah pencegahan yang efektif, penggunaan yang konsistan juga dapat merawat terus dari dalam akar sel, penemuan ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi peluang pesakit untuk sembuh malah ia juga dapat dijadikan benteng pencegaha awal, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah keturunan yang berisiko terkena serangan.

Back to content